“Saya Terjumpa Wallet Kecil Ni, Dalamnya Berisi Duit Tapi...” - Rebecca Nur Al Islam

Asraf Aided
November 27, 2018 10:36 MYT
Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam menemui sebuah dompet kecil berisi sejumlah wang pada pagi tadi ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya.
Menurut Rebecca, dompet itu ditemui ketika singgah di kedai serbaneka 7 Eleven di kawasan Ukay Perdana.
Perkara itu dikongsi Rebecca menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya bertujuan untuk mencari individu yang kehilangan dompet tersebut.
“Pagi tadi sekitar pukul 11.30 pagi, saya singgah di 7 Eleven kawasan Ukay Perdana ketika dalam perjalanan ke pejabat.
“Saya terjumpa dompet kecil ni, ia berisi sejumlah wang tapi tiada kad pengenalan.
“Ada beberapa resit yang menunjukkan nama individu ini, namanya adalah Abdul Halim Bin Zuraimi.
“Saya harap anda membaca apa yang saya tulis ini atau sesiapa yang mengenalinya sila maklumkan kepadanya,” tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Rebecca turut memberi nombor staffnya yang boleh dihubungi untuk menuntut dompet tersebut.
#Rebecca Nur Al Islam