Berita
Saya Terkejut Bila Orang Ajak Bergambar - Dzawin
Peserta solo Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Dzawin, mengakui terkejut apabila ada peminat menahannya untuk bergambar ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dzawin atau nama sebenarnya Dzawin Nur Ikram, 26, berkata, perkara tersebut berlaku apabila namanya semakin mendapat perhatian sebagai pelawak solo di negara ini.
"Pada awalnya saya datang ke Malaysia ini tiada ada seorang pun menahan saya untuk bergambar bersama mereka.
"Namun selepas memasuki MLM 2017 nama saya semakin dikenali dalam kalangan rakyat di sini sehingga ramai menahan saya untuk berswafoto dan bergambar bersama-sama.
"Ternyata, perkara ini merupakan sesuatu yang positif kepada saya kerana nama Dzawin semakin dikenali sebagai pelawak di sini.
"Alhamdulillah ini merupakan Rahmat dari Allah dan saya tidak menyangka semakin mendapat tempat serta mempunyai penyokong yang luar biasa," katanya kepada Astro Gempak.
Dzawin bersama tujuh peserta lagi yang akan meneruskan perjalanan mereka di minggu kesembilan MLM 2017, bertemakan 'Cerita Rakyat dan Cerita Moden'.
MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Datuk Aznil dan Neelofa yang akan mengadili para peserta.
MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda sebagai Gempak Man Of The Match (GMOTM), klik di sini ----> MAHARAJA LAWAK MEGA 2017
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Must-Watch Video