Pengacara tersohor, Datuk Aznil Hj Nawawi akui berita pemergian permata seni, Adibah Noor adalah suatu yang amat mengejutkannya.
Malah Aznil memberitahu beliau terkilan kerana sudah lama tidak dapat berjumpa meskipun sering bekerjasama dalam banyak program sebelum itu.
“Ia satu berita memeranjatkan…Sebenarnya masa tengok perubahan susut badan arwah dan saat diberitahu dia perlu mengawal makanan saya agak terperanjat juga.
“Ketika itu juga saya sudah mula tertanya-tanya mengapa dia memakai rambut palsu. Sungguh saya tak tahu rupanya dia sedang sakit.
“Bila dengar berita duka ini saya terkejut dan terkilan kerana sudah lama tak berjumpa dengannya,” katanya kepada Astro Gempak.
Aznil atau mesra dengan panggilan Pak Nil berkongsi perasaaanya kepada Gempak ketika ditemui selepas rakaman sebuah program nyanyian semalam.
Pun begitu, Aznil memberitahu dia sering bertanya khabar serta memberi kata-kata semangat ketika Adibah menyertai Gegar Vaganza 2021 (GV2021).
“Masa dia menyertai Gegar Vaganza 2021 (GV2021) sebenarya saya selalu mesej arwah untuk beri kata-kata semangat.
“Setiap kali bila nyanyiannya dikritik semua saya suntik semangatnya kembali. Saya tahu dia memasuki pertandingan itu bukan kerana pilihannya tetapi atas desakan hidup,” dedahnya lagi.
Tambah Aznil lagi Adibah seorang permata seni yang realistic dalam hidupnya tanpa berselindung atau bertopeng disebalik gelaran selebriti.
“Kita kehilngan seorang biduanita, suara emas yang luar biasa…kehilangannya meninggalkan satu ruang kosong yang besar.
“Adibah seorang artis yang professional, tak pernah lambat dan tak kedekut ilmu malah tiada rasa takut untuk menegur.
“Arwah juga seorang yang realistic. Saya pernah melihatnya melalui tempoh kesukaran kerana mula-mula Covid-19 melanda negara. Dia sanggup menjual rumah untuk kelangsungan hidup. Dia tak malu kerana dia seorang insan yang realistik…tak perlu pura-pura hanya kerana seorang artis,” ceritanya.
Adibah dilaporkan menghembuskan nafasnya yang terkahir pada petang Sabtu di sebuah hospital swatsa di ibu negara selepas difahamkan menghidap penyakit kanser ovari.
Syafiqah Jalal
Sun Jun 19 2022

![[VIDEO]Lelaki Tertinggal Anak Ketika Bawa Lari Motosikal Curi! [VIDEO]Lelaki Tertinggal Anak Ketika Bawa Lari Motosikal Curi!](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/asbp/curimotor.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO]Lelaki Tertinggal Anak Ketika Bawa Lari Motosikal Curi!
Tertinggal anak ketika mencuri motosikal
![[VIDEO] Netizen Sakit Mata Lihat Gelagat Aliff Syukri & Baby Shima Menari Untuk Klip Video - “Makin Pelik-Pelik…” [VIDEO] Netizen Sakit Mata Lihat Gelagat Aliff Syukri & Baby Shima Menari Untuk Klip Video - “Makin Pelik-Pelik…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/aliff-syukri-baby-shima.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Netizen Sakit Mata Lihat Gelagat Aliff Syukri & Baby Shima Menari Untuk Klip Video - “Makin Pelik-Pelik…”
Netizen kritik Aliff Syukri & Baby Shima
![[VIDEO] Menyanyi & Bergelek Di Majlis Akikah, Ifa Raziah, Kak KM Dikecam Netizen - “Mana Nak Dapat Keberkatan” [VIDEO] Menyanyi & Bergelek Di Majlis Akikah, Ifa Raziah, Kak KM Dikecam Netizen - “Mana Nak Dapat Keberkatan”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ifa-raziah-kak-km.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Menyanyi & Bergelek Di Majlis Akikah, Ifa Raziah, Kak KM Dikecam Netizen - “Mana Nak Dapat Keberkatan”
Ifa Raziah & Kak KM dikecam netizen

Kiambang Beracun | The Maid 2 - Episod 6
Kak Mel dan Fika intip pergerakan Kiambang. Mereka masuk kelas MMA yang diajar oleh Kiambang dan setelah melihat aksi Kiambang bertarung, mereka semakin yakin Kiambanglah pembunuh sebenar! Saksikan drama bersiri THE MAID 2, Cinta Dirampas, Dendam Dibalas setiap Rabu jam 9.30 malam di Astro Ria. Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand. Dapatkan #PekPrimary hanya RM59.99! Whatsapp “Nak Astro” ke 03-9543 3838 #DramaTheMaid2 #CintaDirampasDendamDibalas #GempakOriginalSeries #AstroRia

Siapa Sa'abon? | The Maid 2 Video Pengakuan - Episod 6
Sa’abon mati terkena kejutan elektrik dan suspek pembunuh masih tidak diketahui. Pelbagai spekulasi dibuat akibat kematian editor novel itu. Saksikan drama bersiri THE MAID 2, Cinta Dirampas, Dendam Dibalas setiap Rabu jam 9.30 malam di Astro Ria. Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand. Dapatkan #PekPrimary hanya RM59.99! Whatsapp “Nak Astro” ke 03-9543 3838 #DramaTheMaid2 #CintaDirampasDendamDibalas #TheMaidVideoPengakuan #GempakOriginalSeries #AstroRia

Pengakuan Amitabh Bachchan Kena Buli Cyber: “Gambar Saya Pun Kena Kutuk”
Amitabh Bachchan pun tidak terlepas mengalami nasib sama ; dibuli di alam maya.

Punyalah Cantik, Kekasih Ariel Tatum Pilih Curang Dengan Sesama Jenis
Kecantikan Ariel Tatum, pelakon, penyanyi dan model Indonesia ini selalu menjadi pujian dan dambaan banyak lelaki.

“Best, Santai Dan Dekat Dengan Kehidupan Kita” – Penonton Boleh Relate Dengan Mesej Yang Dibawakan Dalam Filem Kalut Nak Kahwin
Yang dah tonton Kalut Nak Kahwin semua seronok
_1.png?ext=.png)
Joko Anwar Janjikan Tahap Keseraman Berlipat Ganda Menerusi Pengabdi Setan 2: Communion
Yang kedua lagi seram? Memang kena tengok Pengabdi Setan

Premier League Kini Boleh Distrim Di sooka
Langganan boleh dibuat menerusi pelbagai pilihan pelan