Penyanyi yang sedang meningkat naik, Khai Bahar mengimbas semula memori manis sebelum berkolaborasi dengan penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

majlis pelancaran single cinta syurga dan berbuka puasa sitizone, terima kSih @ctdk @rozisangdewi krana mmberi peluang ini kpada saya, satu impian saya tercapai untuk berduet brsama salah seorang pnyanyi kegemaran saya , terima kasih juga kpada anda smua , teruskan dngar cinta syurga ok, ❤️❤️❤️❤️ Baju khai pakai dari : @far8byalteliaamani @starvilion

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94) on


Khai mendedahkan dirinya terkejut apabila menerima lamaran pihak pengurusan Siti (Tok Ti) untuk berduet dalam lagu Cinta Syurga.

"Saysa rasakan ia merupakan peluang yang sangat baik untuk saya sebagai penyanyi dan peminat Tok Ti. Tak pernah saya bayangkan untuk mendapat peluang keemasan terbabit.

yeay, cinta syurga dh ada di youtube DatoSnNurhalizaVEVO , jom tngok! #cintasyurga

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94) on


"Apabila mendengar perkhabaran itu, saya rasa sangat terkejut. Saya setuju 'on the spot' dan menerima lamaran untuk berduet dengan besar hati," kata Khai.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Luluh ini juga gembira kerana dapat mengalunkan lagu berbentuk Zikir bersama Siti.

“Lagu ini menggunakan melodi lagu Comel Pipi Merah yang dinyanyikan oleh Tok Ti sebelum ini. Cuma liriknya ditukarkan kepada alunan zikir.

Lagu Cinta Syurga boleh dilanggani di seluruh platform digital bermula 25 Mei (esok) dan muzik video lagu ini juga boleh ditonton di youtube DatoSNurhalizaVevo sekitar jam 3 petang esok. . Komposer: Dato’ Sri Siti Nurhaliza Lirik: Rozisangdewi Olahan & Cetusan Idea Zikir: Amira Suara Latar: Bazli Unic Penerbit & Pengubah: Lee Sze Wan Gitar: Shamril Salleh ( Sham kamikaze) Drum: John Thomas Studio: Nomad studio Jurutera Rakaman : Ben Tio Mixing & Mastering: Greg Henderson . Muzik Video. Director: Azharissue Cameraman: Anzizwan Lighting: Anzizwan Editor: Azharissue Company: Rasafilm.co @rasafilm.co @ctdk @khaibahar94 @szewankenobi @bazliunic #cintasyurga

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94) on


"Saya gembira kerana dapat menyanyikan lagu ini kerana lagu ini bukan lagu kosong. Setiap kali mengalunkannya, mereka yang mendengar akan turut berzikir dan mendapat pahala," kata Khai lagi.

Dalam perkembangan lain, Khai juga muncul dengan lagu solo ketuhanan terbaru berjudul Cahaya 114 bersempena sambutan Nuzul Al-Quran.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Khai