Hiburan
"Saya Terpaksa Pecahkan..." - Fazura Melecur Terkena Minyak Panas
Aktres jelita Nur Fazura mengalami kecederaan apabila pergelangan tanggannya melecur akibat terkena minyak panas.
Fazura berkongsi perkara itu menerusi ruangan Instagram Story miliknya semalam.
Pada mulanya, kadaan pergelangan tangan isteri kepada aktor Fattah Amin ini tidak begitu serius, namun lama-kelamaan terdapat gelembung tumbuh di permukaan kulit.
Namun menurut Fazura, dia cuba merawat sendiri kerana tidak mahu ke hospital dalam saat kritikal sekarang.
"Berkali-kali saya ajak Fattah ke hospital, tetapi bila difikirkan semula, ia lebih menakutkan.
"Tidak mengapa, kita positif sahaja, doa Insya-Allah sembuh tak lama lagi.
"Akhirnya saya terpaksa pecahkan juga gelembung itu, Mama hantar minyak gamat terus saya sapu banyak-banyak. Alhamdulillah dah kering walaupun masih sakit," tulisnya.
Dalam pada itu, teraju utama Dendam Pontianak ini turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat tentang keadaannya itu.
"Terima kasih buat semua yang cukup baik hati dan mengambil berat tentang saya, macam-macam petua saya dapat, Insya-Allah akan cuba satu per satu.
"Sayang anda semua kerana Allah, terima kasih doakan saya dan selalu sayang saya," tulisnya lagi.
Difahamkan, Fazura juga membuat keputusan untuk berehat dari melakukan aktiviti di dapur susulan kejadian itu.
Fazura juga tidak membenarkan Fattah untuk memasak di dapur meskipun dia sedang berehat dan dalam proses untuk sembuh.
Must-Watch Video