Meruntun jiwa! Itu saja yang boleh digambarkan terhadap sepotong rakaman video yang viral sejak semalam.

Video tersebut difahamkan dimuat naik di sebuah posting Facebook seorang individu bernama Samuel Lee.

Menerusi video berkenaan, terdapat dua kanak-kanak yang duduk di hadapan sebuah restoran terkenal yang terletak di Sabah.

Berdasarkan pemakaian dan kelakuan kanak-kanak itu, boleh dilihat mereka dalam kalangan golongan kurang berkemampuan.

Simpati dengan nasib mereka, individu tersebut terus menghulur sedikit wang dan juga makanan ayam goreng.

“Pada awalnya saya bagi duit dekat mereka, tapi bila saya nampak mereka kira duit tu saya terus sebak. Mata basah!

“Lepas tu teman wanita saya pula berlenja mereka ayam goreng, kesian,” katanya menerusi posting tersebut.

Menurutnya lagi, dia juga terkedu sebaik melihat reaksi mereka ketika menerima sumbangan itu.

“Ketika anda melihat reaksi mereka yang kurang bernasib baik, saya terkedu tak boleh berkata apa-apa. Covid tolonglah pergi, ramai yang sudah menderita,” katanya.

Sehingga kini video tersebut telah dikongsi sebanyak 1,100 kali.

Menerusi ruang komen, rata-ratanya mendoakan supaya pasangan tersebut dimurahkan rezeki.

Biarpun berlainan bangsa, namun ia langsung tidak menghalang daripada mereka berbuat baik.

Anda boleh lihat antara komen di bawah.