Bintang Big Stage 2022, Megat Rahim tampil menjelaskan keadaan sebenar dirinya yang tidak muncul pada konsert pertama yang berlangsung pada Ahad.

Jelas Megat, dia terpaksa menjalani kuarantin memandangkan dirinya disahkan positif COVID-19.

"Saya ingin memohon maaf kerana tidak muncul pada konsert pertama malam tadi. Saya disahkan positif COVID-19 dan Alhamdulillah keadaan saya semakin baik.

"Kita jumpa minggu depan insya-Allah," ujarnya menerusi hantaran di akaun Instagramnya usai konsert pertama Big Stage 2022.

A post shared by Megatrahim (@megatrahim28)


Dalam pada itu, tegas Megat kehilangannya tiada kaitan dengan gimik kemasukan usahawan viral Iqbal Zulkefli sebagai peserta ke-12 Big Stage 2022.

"Apapun, saya tiada kena mengena dengan Iqbal!" ujarnya.

Iqbal menjadi peserta ke-12 diumumkan bertanding dalam rancangan realiti pencarian bakat baharu artis BBNU sekali gus mengejutkan ramai pihak.

BACA: Teka-Teki Terjawab! Iqbal Zulkefli Peserta Ke-12 Big Stage 2022, Ajai Bagi 5 Markah Jer Manakala TokTi...

BACA: "5 Markah, Apa Yang Buruk Sangat?" - Iqbal Zulkefli Nak Tarik Diri Dari Big Stage?

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, tugasan mengacara bagi kapsul Studio Bug Stage pula disandang oleh Isha Norsham.

Sementara itu, personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.

Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi.

Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.

Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

12 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.

Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).