Pelawak kumpulan Zero, Atu mendedahkan dia telah kehilangan bagasi sejak tiga hari lalu ketika tiba di Madinah untuk mengerjakan umrah.

Menurut Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif berharap bagasinya itu dipulangkan segera kerana terdapat banyak barang keperluan diri dan umrah di dalamnya.

“Mungkin ada orang keliru kerana semua bagasi nampak serupa tetapi saya merayu agar pihak yang tersalah ambil beg saya itu segera pulangkan atau membuat laporan.

“Saya kecewa kerana selepas tiga hari bersabar, saya masih tidak mendengar sebarang berita mengenai bagasi saya.

“Saya tiba di Madinah hanya sehelai sepinggang. Saya rayu agar bagasi saya dapat dipulangkan kerana semua barang keperluan diri dan umrah ada di dalamnya,” katanya.

Atu berkongsi mengenai perkara tersebut di dalam sebuah video yang dimuat naik ke laman Instagram.

Atu yang bakal bertolak ke Mekah dua hari lagi itu mengesyaki bagasinya diambil oleh orang Malaysia.

“Salam semua..Alhamdulilah..Saya tidak marah,tapi sudah masuk tiga hari bossku saya diam saya fikir baik,rata-rata dalam flight semua orang malaysia takkan orang malaysia perangai macam bukan orang malaysia,” tulisnya.

Atu kini sedang mengerjakan umrah bersama ibunya.

Salam semua Alhamdulilah Saya tidak marah,tapi suda masuk 3hari bossku saya diam saya fikir baik,rata2 dalam flight semua orang malaysia takkan orang malaysia perangai mcm bukan orang malaysia Slide sampai habis supaya faham #sayabacakomenkamu #pantangmundurkecualianknngis #pantangmundurkecualioperasi #pantangmundurkecualioperasi

A post shared by Minta Tunjuk Ajar (@akueatu) on