Hiburan
“Saya Tidak Akan Kasi Chance Pada…” - Zul Huzaimy Nak ‘All Out’ Untuk Final All Stars Buka Panggung
Pelakon Zul Huzaimy nekad untuk memberikan sepenuh komitmen pada pusingan akhir All Stars Buka Panggung (ASBP) yang bakal berlangsung Jumaat ini.
Menurut Zul, dia tidak akan lagi memberi peluang seperti mana persembahan pada minggu sebelum ini.
"Tekanan tu memang ada tapi kali ini saya nak 'all out' dan tiada lagi kasi peluang.
"Tidak memberi peluang itu bukan bermaksud pada peserta lain sebaliknya untuk diri sendiri. Sebab sebelum ini saya banyak bagi ruang dan idea nak masuk tu agak berkira-kira. Kali ini saya kena cepat," katanya.
Ditanya sama ada selesa berlawak di atas pentas yang besar, Zul mengakui dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berbuat demikian.
"Kalau nak buat menghibur penonton ni saya rasa tiada masalah sebab saya pun sering melawak.
"Jadi saya okay sahaja dan tak ada rasa janggal atau tidak selesa," katanya.
Terdahulu, Zul turut menyatakan hasrat untuk membawa ibunya mengerjakan ibadah haji sekiranya dinobatkan sebagai juara ASBP.
Untuk pengetahuan anda, selain Zul. antara peserta yang layak ke final adalah Noorkhiriah, Datuk Aaron Aziz dan Rita Rudaini.
Pusingan akhir akan berlangsung pada Jumaat ini.
ASBP merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.
Program ini menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara.
Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira pula menggalas tugas sebagai Seri Dewi Panggung.
ASBP disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
Program ini akan bersiaran selama 7 minggu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.