“Saya Tidak Akan Kembali Sebagai Superman…” - Henry Cavill
Pelakon Henry Cavill mengumumkan dirinya tidak lagi membintangi filem Superman sekaligus membatalkan peranan sebagai watak adiwira tersebut.
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Civill berkata keputusan tersebut dilakukan selepas mengadakan satu perjumpaan bersama pengarah dan produser filem tersebut. Malah jelasnya, tidak mudah untuk menerima keputusan tersebut.
“Saya baharu saja berjumpa dengan James Gunn dan Peter Safran dan ia adalah sesuatu berita yang menyedihkan untuk semua orang.
“Saya tidak akan kembali sebagai Superman. Berita ini bukanlah mudah untuk diterima tetapi itulah kehidupan (realiti),” katanya.
Dalam pada itu, Civil turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada seluruh team produksi yang terlibat bersamanya sepanjang beberapa filem Superman terdahulu.
“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka dan semua kru yang terlibat dengan alam semesta baharu, semoga berjaya.
“Siapa yang pernah bersama saya dalam Superman, marilah kita berkabung sekejap. Namun ingat Superman masih ada, semua yang diperjuangakan Superman masih wujud,” tambahnya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat turut berasa sedih di atas berita tersebut. Bagaimanapun mereka tetap berterima kasih dan memuji lakonan hebat Civill.
*pic komen
Terdahulu, Cavill begitu teruja mengumumkan berita dia kembali memegang watak Superman selepas DC Extended Universe (DCUE) berjaya membawanya kembali membintangi filem tersebut.
BACA: Henry Cavill Kembali Jadi Superman! - “Saya Janji Penantian Ini Akan…”