Laman Utama

"Saya Tidak Akan Memutihkan Kulit" - Rachel Zegler Jawab Kecaman Pegang Watak Snow White

Awani
27/06/2021
12:05 MYT

Awal minggu ini, penyanyi dan pelakon muda, Rachel Zegler diumumkan bakal memegang watak Snow White dalam versi live-action filem pertama keluaran Disney itu.

Ketika berita itu disambut penuh kegembiraan para peminatnya, masih ada komen yang mempertikaikan keputusan Disney mengambil pelakon Latin dalam peranan yang sebelum ini digambarkan sebagai berkulit putih.
Rachel membalas reaksi itu dengan satu ciapan mengatakan dia tidak akan memutihkan kulitnya untuk watak tersebut.
"Ya, saya adalah Snow White. Tidak, saya tidak memutihkan kulit saya untuk peranan itu," tulisnya.
Bagaimanapun, ciapan berkenaan kemudian telah dipadam.
Disney sebelum ini sering dikritik kerana kerap kali memaparkan pelakon berkulit putih sebagai watak utama.
Studio tersebut kini sedang menjalankan penggambaran live-action The Little Mermaid, dengan Halle Bailey, seorang pelakon kulit hitam, memegang watak Ariel.
Pengarah live-action berkenaan, Marc Webb turut memuji pemilihan Zegler.
"Dia bukan sahaja punya vokal yang baik, tetapi dia mempunyai keyakinan, kebijaksanaan dan optimistik yang pastinya akan membawa sesuatu yang berbeza kepada karya Disney kali ini," kata Webb.
Filem ini akan mula menjalani penggambaran tahun hadapan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jangan Salah Faham, Disney Hanya Hilang Hak Cipta Untuk Satu Rekaan Mickey Mouse Sahaja

gempak
03/01/2024
15:55 MYT
Oh hanya satu rekaan sahaja
Laman Utama

"Saya Takut Terjatuh Dalam Sungai Waktu Malam" - Cabaran Anak Saudara Haliza Misbun Berlakon Watak Pekak

gempak
20/11/2023
11:46 MYT
“Watak Kit sangat dekat dengan alam semula jadi sedangkan saya pula berasal dari bandar"
Laman Utama

Basah Dengan Emosi, Larut Dalam Memori… Ini 4 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton Filem The Little Mermaid

gempak
24/05/2023
13:50 MYT
The Little Mermaid versi live action penuh rasa
Laman Utama

Terima Kritikan, Alif Satar Minta Tonton Pulau Dulu Sebelum Menilai –“ Ia Seram Bukan Filem Lucah”

gempak
02/03/2023
06:50 MYT
Terima Kritikan, Alif Satar Minta Tonton Pulau Dulu Sebelum Menilai
Laman Utama

[VIDEO]Minyak Terkeluar, Sambal Nyet Dapat Kritikan-Khairul Aming Tampil Beri Penjelasan; “Ini Sebab Kenapa Kami Tak…”

gempak
21/09/2022
01:20 MYT
Khairul Aming Tampil Beri Penjelasan Isu Packaging Sambal Nyet