HIGHLIGHTS
“Saya Tidak Akan Nikahi Suami Saya Kalau Bukan Kerana Isterinya, Tunggu Kami di Sana Kak,” – Nurul Zahid.
Salam takziah diucapkan kepada Dato’ Nurul Zahid seisi keluarga atas pemergian madunya, Datin Bahazanariah binti Baharudin pada 5 November 2020, jam 4.16 pagi di Hospital KPJ Damansara. Menurut Nurul di Instagramnya, Allahyarhamah telah bertarung penyakit barah tahap empat sejak bulan Ogos yang lalu.
Menerusi posting beliau di Instagramnya, Nurul sering berkongsi kebahagian yang dilaluinya bersama suami, Dato’ Saiful Nizam Mohd Yusoff, madu dan anak-anak mereka. Mereka juga sering dilihat bersama-sama melakukan aktiviti riadah, bercuti, meraikan perayaan dan sebagainya.
Ternyata, kehidupan bermadu yang ditunjukan mereka sungguh indah dan jarang berlaku dalam kalangan mereka yang hidup berpoligami. Inilah contoh keluarga sakinah yang diimpikan setiap isteri dan pastinya kehilangan Allahyarhamah memberi kesan mendalam kepada Nurul sendiri.