Laman Utama

“Saya Tidak Boleh Berhenti” – Fad Bocey Ambil Risiko Meski Belum Sihat Sepenuhnya Selepas Pembedahan

gempak
Shahrin Zulkifle
16/07/2022
07:00 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tidak Boleh Berhenti” – Fad Bocey Ambil Risiko Meski Belum Sihat Sepenuhnya Selepas Pembedahan
Baru sahaja selesai menjalani pembedahan akibat penyakit slip disc, pelawak dan pelakon, Fad Bocey memilih untuk kembali bekerja meskipun disarankan berehat panjang.
Ketika ditemui Gempak, Fad atau nama asalnya Muhammad Fazlie Mohd Nizam berkata, dia perlu bekerja disebabkan beberapa komitmen penting yang perlu diteruskan meskipun sedar akan risiko yang dihadapinya.
“Doktor kata untuk saya kembali pulih macam dulu itu boleh dan untuk kembali seratus peratus mungkin mengambil masa yang agak panjang, anggaran enam hingga ke satu tahun dicadangakan berehat.
“Sejujurnya nasihat doktor sangat banyak yang masih belum membenarkan saya buat itu dan ini, tapi saya cuba bertolak ansur dengan doktor dan kata saya tidak boleh berhenti secara tiba-tiba disebabkan beberapa komitmen yang saya dah lock.
“Kemudian doktor kata saya boleh bekerja, cumanya saya perlu hadkan pergerakan saya.
“Tidak lama lagi saya akan bertanding dalam Muzikal Lawak Supertstar, alhamdulillah rakan sepasukan saya sangat memahami keadaan saya.
“Saya bersyukur masih boleh berbual seperti biasa, suara masih jelas dan boleh bernyanyi.
“Kembali bekerja tanpa berehat panjang ini sebenarnya adalah satu tindakkan yang amat berisiko yang saya ambil.
“Syarat doktor berikan kepada saya tidak boleh untuk tidak hadir sesi fisioterapi dan mesti makan ubat yang diberi,” kata Fad.
Fad telah dimasukkan ke wad dan selamat menjalani pembedahan pada 9 Julai yang lalu.
Tambah Fad, dia turut menerima beberapa petua yang dikongsikan rakan-rakanya dan meluahkan ucapan terima kasih kepada yang sentiasa mendoakan kesihatannya.
“Saya ada menerima nasihat dan petua-petua dari rakan saya yang sebelum ini pernah menghidap sakit yang sama, jadi saya ada ambil dan guna tips yang mereka kongsi.
“Sekarang ini bila dah lepas pembedahan, saya tidak boleh duduk macam dulu, saya akan sedikit membongkok.
“Saya sekarang ni tak boleh berdiri terlalu lama dan duduk terlalu lama.
“Terima kasih kepada isteri saya sebab banyak jaga dan bantu saya, terima kasih juga yang doakan kesihatan saya,” tambah Fad.
Fad ditemui ketika majlis sidang media Muzikal Lawak Supertstar musim ke-3 yang bertempat di Kompleks Kraf, Jalan Conlay pada Rabu yang lalu.
Fad bakal bergandingan bersama Sharif Zero dan seorang pengsohor media sosial, Namie dengan menggunakan nama kumpulan Ubi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live