"Saya Tidak Boleh Memeluk & Mencium Awak .." - Asingkan Diri Dari Keluarga, Khairy Jamaluddin Hanya Mampu Melihat Anak Melalui Tingkap

Zulaikha Yusof
Mac 25, 2020 08:07 MYT
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin (KJ) mendedahkan terpaksa mengasingkan diri daripada keluarganya selepas pulang dari kerja.
Menurut KJ, walaupun berasa sedih kerana hanya mampu melihat dari jauh namun ini untuk keselamatan semua orang.
Dalam pada itu, KJ turut menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran anak lelakinya, Raif Averroes pada 23 Mac.
"Selamat ulang tahun ke-5, singa kecil saya. Kerana papa terpaksa pergi kerja, papa telah memutuskan untuk mengasingkan diri ketika pulang ke rumah.
"Itu untuk memastikan anda dan semua orang selamat (terutamanya nenek!). Ia membuat papa sedih bahawa saya tidak boleh memeluk dan mencium awak hari ini, dan bahawa kita hanya dapat melihat antara satu sama lain melalui tingkap.
"Apabila awak dah besar, saya akan memberitahu awak tentang bagaimana semua orang di dunia terpaksa memainkan peranan mereka untuk membantu satu sama lain. Sayang awak, Raif saya," tulisnya di Instagram (IG) miliknya.
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 14 April 2020, di seluruh negara.
Sekadar info, Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini sudah mencatat 1,796 dan 17 rekod kematian.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Khairy Jamaluddin #COVIC-19 #Asingkan Diri