“Saya Tidak Dibenarkan Bertemu Anak” – Kim Hyun Joong
Mya Amri
26/10/2018 05:57 MYT
26/10/2018 05:57 MYT
Pelakon Korea, Kim Hyun Joong menjelaskan dia tidak dibenarkan untuk bertemu dengan anaknya.
“Saya mohon maaf kepada pelakon lain kerana menjawab soalan yang agak peribadi sedangkan sidang media ini diadakan untuk mempromosi drama terbaru.
“Saya ingin menjelaskan tentang perkara sebenar, saya berada dalam situasi di mana tidak dibenarkan untuk bertemu dengan anak saya buat masa ini.
“Sejujurnya saya sendiri tidak tahu apa solusi terbaik yang patut dilakukan. Tapi rasanya saya tetap akan berikan yang sehabis baik.
Bagaimanapun, Hyun Joong tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perkara berkenaan.
“Mengenai hal anak, ini sahaja yang boleh saya kongsikan. Saya tidak mahu perkara ini meninggalkan kesan kepada anak saya kelak.
“Jadi saya tidak mahu berkongsi lebih lanjut, cukuplah sekadar apa yang dipatut diketahui sahaja.
“Seperti dijelaskan tadi, saya berada dalam situasi di mana saya tidak boleh bertemu dengan anak saya,” jelasnya.
Hyun Joong berkata demikian ketika sidang media drama terbarunya, When Time Stopped yang berlangsung baru-baru ini.
Terdahulu, pada tahun 2014, teman wanita Hyun Joong yang hanya dikenali sebagai A memfailkan saman terhadap aktor itu selepas dia didakwa melakukan serangan pada tahun 2014.
Selepas itu, A kemudiannya mendakwa dia mengandungkan anak teman lelakinya itu sebelum membuat permohonan ujian DNA dijalankan.
Sumber: Soompi