Berita
"Saya Tidak Pernah Menyambut Atau Menerima Ucapan Hari Lahir Daripada Arwah Ayah Sejak Kecil" - Syafiq Farhain
Penyanyi Syafiq Farhain mengakui sebak apabila tidak pernah menerima sebarang ucapan hari lari daripada arwah bapanya, Saleem.
Menurut Syafiq, dia pernah menyimpan impian untuk meraikan hari jadi bersama penyanyi legenda itu tetapi nampaknya ia tidak kesampaian kerana Allah lebih menyayanginya.
"Saya sebak kerana tidak pernah menyambut hari jadi atau menerima ucapan hari lahir daripada arwah ayah sejak kecil.
"Sebagai anak pastinya saya berharap dapat menyambut hari jadi bersama arwah ayah hari ini. Walaupun ibu sudah berkahwin semula ketika saya berusia 10 tahun, tetapi perasaan dan kasih sayang seorang bapa kandung tidak sama,” katanya.
Menurut Syafiq, setiap kali mendengar lagu arwah bapanya, dia akan teringat kenangan ketika bersama dengannya.
Saleem meninggal dunia pada 14 Oktober tahun lalu pada usia 57 tahun selepas terbabit dalam kemalangan motosikal.
Sumber: Harian Metro