Pelakon Ika Nabella mendedahkan dia teringin sangat mempunyai cahaya mata hasil dari perkahwinan bersama suaminya, Muhammad Zaid Aznam.

Menerusi InstaStory miliknya, dia telah membuka ruangan 'Ask Me A Question' untuk peminatnya menanyakan soalan dan antara yang ditanya adalah soal mengandung.

"Bila nak pregnant hehe? Tak sabar nak tengok ika nabila mak buyong..

"Sorry saya tanya. Hope don't mind," tulis salah seorang peminatnya.

Menerusi video yang dibuat, Ika menjawab dia tidak mengambil hati dengan soalan tersebut.

"Semestinya saya menginginkan anak, mengandung adalah perkara paling indah yang terjadi untuk wanita.

"Saya tidak sabar untuk mengandung, nak tahu juga muka anak saya macam saya ke suami.

"Tolong doakan saya cepat mempunyai cahaya mata," katanya lagi.



Ika dan Zaid telah mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016.