"Saya Tidak Suka Mengucapkan Selamat Tinggal Tetapi .." - Falyq Hikyle Tinggalkan Konti Zayan

Zulaikha Yusof
Disember 30, 2019 01:15 MYT
Penyampai radio dan pengacara Falyq Hikyle mengumumkan Jumaat lalu ( 27 Disember) merupakan hari terakhirnya bekerja di stesen radio Malaysia, Zayan.
Kata Falyq, dia berterima kasih atas segala kenangan manis sepanjang menjadi keluarga Zayan.
Dalam pada itu, Falyq turut memohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang dirinya ke udara.
"Saya tidak suka mengucapkan selamat tinggal tetapi saya perlu. Terima kasih Zayan untuk kenangan dan pengalaman indah selama 2 tahun lebih ni.
"Harini hari terakhir saya on air dekat Zayan. Jadi saya harap kamu semua suka mendengar rancangan saya (Zayan Cafe) selama ini. Maaf andai ada terkurang atau kelemahan daripada saya.
"Of course, bangga juga lah jadi one of the pioneers dekat sini. Sama-sama kita kayuh dari awal Zayan lahir sampai lah sekarang, alhamdulillah.
"So all the best team Zayan khasnya @wansyahrulamry @shamsulq163 @hisyam_ahmad9 @cahayaasmawi @anastahir_zayan @lin_ariffin @azharhilm1_ @syakireenothman @faezmuhddd @ariffsyafzan & lain-lain.
"Saya Falyq Hikyle, terus stream Zayan Destinasi Gaya Hidup Muslim Moden #IndahDiHati. Assalamualaikum," tulisnya.
Falyq mengumumkan perkara itu menerusi kemas kini di akaun Instagram (IG) nya.
Falyq memulakan kerjaya penyampai radio bersama stesen terbabit pada sekitar 2017 selepas menyertai rancangan realiti mencari penyampai dan menduduki tempat ketiga.
#Zayan #Falyq Hikyle