Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Saya Tidak Tahu Apa Motif Sebenar Dia” - Heliza Helmi & Suami Maafkan Fathia

Gempak
02/02/2024 01:57 MYT
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi mengambil keputusan untuk memaafkan pelakon, Fathia Latiff atas dakwaan palsu berhubung kegagalan menyiapkan rumah wanita itu dalam tempoh ditetapkan.

Menurut Heliza, meski pun tidak mengetahui tujuan atau motif Fathia membuat dakwaan itu, namun dia memilih untuk memahami kondisi kesihatan mental aktres berkenaan.

“Saya dan suami sudah memaafkan perbuatannya itu. Kami yakin semua orang faham dengan keadaan kesihatannya.

“Saya juga tidak mengetahui apa motif sebenarnya tapi kami memilih untuk memahami keadaan kesihatan pelakon berkenaan.

"Ketika dia membuat siaran langsung, saya betul-betul tak tahu apa-apa, tapi bila ada orang hantar kepada saya, secara jujurnya, saya mula faham,” jelasnya seperti dilapor Harian Metro.

BERITA TRENDING: Fathia Dakwa Suami Heliza Helmi Merupakan Seorang Scammer? - “Pergi Berjihad Tapi Scam Orang”

Ditanya sama ada suaminya mengenali pelakon itu, Heliza turut menafikannya.

"Saya sendiri tidaklah mengenali Fathia secara rapat tapi bila dia keluarkan kenyataan seperti itu, saya berasa satu Malaysia sudah faham keadaan dia.

"Jadi tanpa perlu saya mengeluarkan apa-apa kenyataan sekalipun, orang akan faham dan pada saya, mungkin ini adalah masa dia diuji dan apa yang diperlukannya adalah doa dari seluruh umat islam," katanya.

BERITA TRENDING: Suami Heliza Helmi Nafi Terlibat Dalam Industri Perumahan, Akui Tidak Kenali Individu Yang Mendakwa Dirinya Scammer

Terdahulu, Fathia mendakwa suami Heliza iaitu Datuk Seri Mahadi Zaman sebagai penipu apabila syarikat miliknya dikatakan gagal menyiapkan rumah yang dibelinya, sejak lima tahun lalu.

Malah pelakon itu mendakwa dia perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM5,000 tetapi premis yang dijanjikan siap tahun lalu itu masih lagi tidak nampak bayangnya.

HARIAN METRO

#Heliza Helmi #Fathia Latiff #Isu #Dakwaan
;