HIBURAN
“Saya Tidak Tahu Sampai Bila Tuhan…” - Wani Kayrie Sebak, Bimbang Kesihatan Ibu
Penyanyi, Wani Kayrie mengakui sentiasa sebak apabila bercerita mengenai ibunya yang dikenali sebagai Mama K.
Kongsi Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, dia sering dibayangi rasa bimbang tentang masa depan apabila memikirkan keadaan kesihatan ibunya yang kurang sihat.
“Saya pernah berkongsi yang mak saya kurang sihat dan saya pun sudah 25 tahun tidak tahu bila bila masa untuk ke peringkat yang seterusnya.
Kongsi Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, dia sering dibayangi rasa bimbang tentang masa depan apabila memikirkan keadaan kesihatan ibunya yang kurang sihat.
“Saya pernah berkongsi yang mak saya kurang sihat dan saya pun sudah 25 tahun tidak tahu bila bila masa untuk ke peringkat yang seterusnya.
“Bila saya fikir siapa yang akan jaga mak saya bila mak saya tidak sihat, itulah yang sentiasa bermain dalam fikiran saya,” katanya kepada Gempak.
Tambah penyanyi yang berusia 25 tahun itu, apa sahaja perkara atau perbualan berkaitan ibunya mudah membuatkan emosinya tersentuh.
“Sebab itulah, apa apa surat fasal mak saya, saya auto sedih sebab saya tidak tahu sampai bila tuhan akan pinjamkan mak saya untuk saya,” jelasnya.
Dalam pada itu, Wani turut berkongsi ibunya sempat menghubunginya untuk memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis listening party bagi albumnya yang terbaharu.
“Untuk listening party ni saya sebenarnya tidak paksa dia untuk datang tapi dia ada telefon saya minta maaf sebab tidak dapat hadirkan diri.
“Perkara itu membuatkan saya rasa tidak perlu minta maaf sebab saya tidak paksa cuma ibu saya rasa sedih tidak dapat datang untuk dengar lagu dalam album saya hari ini,” kongsinya.
Sekadar info, album W2K dari Wani Kayrie ini menghimpunkan lima lagu seperti Cak Cak Cekuk, Serius Ah, Aiman Tino, Matahari dan Biarkan yang memulakan proses pembikinan sejak tahun lalu.
Melalui album itu, Wani mendapat sentuhan daripada beberapa komposer ternama seperti Iqie Hugh, Hanis Rafi, Omar K, Shazriq Azeman, MFMF, Ezra Kong, Shane Kennedy dan Karim Karam.