Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Saya Tidaklah Sempurna, Kadang-Kadang Kekurangan Kita Allah Simpan” - Alif Satar

Umirah Halim
30/08/2024 07:55 MYT
Seringkali diberi jolokan sebagai selebriti serba sempurna oleh netizen, pelakon dan penyanyi Alif Satar meluahkan rasa syukur dengan pujian yang diterima.

Semua manusia ada kekurangan

Menurut Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 34, setiap insan mempunyai kekurangan, namun Allah menutup aib hamba-Nya.

“Terserah orang nak labelkan saya apa, kalau positif saya terima dan segala pujian semua hanya pada Allah, saya cuma buat yang terbaik untuk semua benda.

“Konon Alif ini perfect segala-galanya tetapi tidaklah syukur alhamdulillah kadang-kadang kekurangan kita Allah simpan tapi apa yang saya buat semua Allah permudahkan dan saya bersyukur ia membuahkan hasil,” katanya ketika ditemui Gempak pada sidang media filem HOUSEKEEPING? pada malam Rabu di GSC Starling Mall.

BERITA TRENDING: Upload Gambar Baru Di IG, Ramai Terpegun Lihat

BERITA TRENDING: Ibu Maid Hubungi Zaquan Adha, Merayu Bantu Anak Di KL - "Menangislah Air Mata Darah Sekali Pun, Saya Takkan..."

BERITA TRENDING: Marissa Dania Tengah Berpantang,

BERITA TRENDING: “Tak Sangka Itu Yang Terakhir, Fuad Hilang Terus Tak Sempat Ucap…” - Tom

Sementara itu, laris menjadi pilihan sebagai duta produk, hero filem dan sebagainya, Alif turut sempat mengulas tentang isu eksklusiviti.

Jelas Alif, sebagai selebriti, dia tidak terlalu menjaga nilai eksklusif dalam penerimaan tawaran projek kerana berpendapat perkara tersebut merupakan kerja hakiki nya.

“Saya tak terlalu menjaga eksklusiviti, ini adalah kerja saya, saya tidak akan sanggup menahan perut semata untuk menjaga eksklusiviti.

“Saya enjoy semua drama, OTT (over the top) ke saya seronok bekerjasama kita anak seni susah sebanarnya nak memilih sangat sebab kita minat.

“Kalau waktu itu mengizinkan saya akan terima tawaran kerja itu.

“Semua projek yang saya buat semua besar, ada luar negara dan tanah air. Alhamdulillah saya bersyukur dengan semua projek yang saya terima dan jalankan,” tambahnya lagi.

#Alif #Tak #Sempurna #Eksklusiviti #Satar #Kekurangan