Hiburan
“Saya Tunaikan Permintaan Lufya” - Dr. Che Hafiz Mengaku Ceraikan Lufya Menerusi WhatsApp
Dr. Che Muhammad Hafiz Baharum, 29, mengakui sudah menceraikan isterinya, penyanyi Lufya Omar, 34, menerusi aplikasi WhatsApp pada minggu lalu.
Dr. Che Hafiz berkata, dia melafazkan cerai selepas rundingan untuk menjernihkan kembali hubungan menemui jalan buntu.
“Saya bersetuju dan tunaikan permintaan Lufya untuk menceraikannya. Permintaan tersebut diminta Lufya menerusi WhatsApp ketika kami sedang membincangkan isu rumah tangga.
“Biarlah kami sahaja yang tahu punca perceraian ini. Tidak perlu dimaklumkan kepada umum,” ujar Dr. Che Hafiz menegaskan pendiriannya.
Dia juga berharap, segala yang berlaku dapat diselesaikan dengan cara baik.
“Cukuplah ini sahaja penjelasan daripada saya dan terlalu peribadi untuk saya kongsikan tentang hal lain.
“Banyak hati yang perlu dijaga dan diharapkan tidak timbul sebarang spekulasi lain,” katanya.
Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.
Sumber: MHE TV
Must-Watch Video