Laman Utama
“Saya Tunggu Sahaja…”- Isu Surat Tuntutan Lana Nodin, Ini Komen Michael Ang
Pengarah dan penerbit sensasi, Michael Ang tidak mahu mengulas lanjut mengenai tindakan suami kepada pelakon Lana Nodin iaitu David Mackienzie yang mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan kepadanya selepas didakwa mengeluarkan kenyataan salah terhadap isterinya.
Michael sebaliknya masih menanti surat yang dimaksudkan.
“Tiada apa komen mengenainya. Saya tunggu sahaja surat saman dia,” katanya ringkas kepada Gempak.
Michael dihubungi oleh Gempak selepas pasangan itu dilaporkan mahu menghantar surat tuntutan kepada pengarah berkenaan.
Dalam pada itu, Michael turut memberitahu dia akan bersedia dengan peguamnya jika surat itu sudah diterima.
Terdahulu, Lana menerusi perkongsian di Instagram menempelak Michael yang dikatakan telah masuk campur di atas kenyataannya berkaitan mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Perbalahan itu tercetus selepas Michael didakwa telah melabel Lana sebagai seorang yang 'bimbo' dan tidak menyokong petugas barisan hadapan.