Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Saya Ulang-Alik Ke Tandas Berulang Kali" - Riena Diana Dikejarkan Ke Hospital Akibat Sembelit

Zulaikha Yusof
02/04/2020 04:57 MYT
Pelakon Riena Diana telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta selepas mengalami sakit perut yang melampau semalam.

Ketika dihubungi Gempak, Riena mendedahkan dirinya mengalami constipation atau dipanggil gejala sembelit.



"Saya mengalami 'constipation' yang teruk sehingga terpaksa ke hospital.

"Sebenarnya dah dua hari perut saya tidak sihat. Sakit ini menyebabkan saya ulang-alik ke tandas berulang kali.

"Sampai saya rasa lesu dah," katanya.

Dalam pada itu, Riena yang dikenali dengan watak Laila dalam drama Kampung People mendedahkan punca sembelit disebabkan kekurangan air dalam tubuh badan dan tidak makan buah-buahan.

"Saya memang susah untuk minum air setiap hari. Dah banyak kali teman lelaki saya pesan sebab air penting untuk tubuh badan.

"Buah-buahan pun saya tak ambil. Sekarang dah jatuh sakit, baru sedar," katanya lagi.

Terdahulu menerusi Instagram Stories miliknya, Riena telah berkongsi sebuah entri ketika berada di hospital untuk mendapatkan rawatan.

#hospital #Hospital #Riena Diana #Sembelit
;