"Saya Wanita Paling Bertuah Dalam Dunia" - Lindsay Lohan Kahwini Jejaka Arab?
Amri Hassan
03/07/2022 14:50 MYT
03/07/2022 14:50 MYT
Pelakon dan penyanyi popular Hollywood, Lindsay Lohan seakan-akan memberikan gambaran telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka berketurunan Arab, Bader Shammas.
Lapor majalah People, Lindsay, 36, secara rasminya memanggil lelaki terbabit dengan panggilan suami dalam satu hantaran di Instagramnya baru-baru ini.
"Saya orang yang paling bertuah dalam dunia. Bukan kerana saya perlukan seorang lelaki tetapi kerana dia yang menemui saya dan tahu yang saya mahukan kebahagiaan dan kasih sayang pada masa sama.
"Saya teruja bahawa inilah suami saya. Hidup saya dan segala-galanya. Setiap wanita patut merasai sebegini setiap hari," tulisnya.
November tahun lalu, Lindsay telah mengumumkan bertunang dengan Shammas bersama foto menyarung cincin pertunangannya.
Gosip mengenai hubungan mereka mulai dihidu ramai apabila bintang filem Mean Girls itu berkongsi foto ketika menghadiri festival muzik di Dubai pada Februari 2020. Lindsay ketika itu menulis 'teman lelaki' dalam kapsyen Instagramnya.