Hiburan
“Saya Yakin Dengan Bob” - Adakah Siti Nurhaliza Akan Muncul Pada Persembahan Anta Permana Di AJL34? Ini Penjelasannya…
Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak ada sebarang perancangan untuk membuat kemunculan khas menjelang persembahan lagu Anta Permata pada Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).
Menurut Siti atau lebih mesra disapa Tokti, dia akan memberi sepenuh kepercayaan kepada Bob Yusof yang akan membawa lagu tersebut nanti.
“Kita bagilah Bob buat dulu, dia dah nyanyi semasa separuh akhir jadi biarlah dia habiskan lagu ini menjelang persembahan akhir nanti.
“Anugerah Juara Lagu ni berdasarkan komposer dan penulis lirik. Saya percaya walau siapa pun yang menyanyikan lagu ni, kalau lagu tu bagus, ia akan terus diangkat,” ujar Tokti kepada Gempak.
Tokti ditemui ketika acara SimplySiti Fun Day Out Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza bertempat di Genting Highlands, Pahang pada Rabu.
Menurut Tokti lagi, dia akan terus menyokong Bob untuk penyanyi tersebut menyanyikan lagu Anta Permana dengan baik.
“Saya berterima kasih kepada Bob kerana dia menggalas tanggungjawab besar, bukan senang tau. Tapi Bob tak perlu risau kerana lagu tu dah diangkat sendiri oleh peminat saya.
“Saya akan bertemu dengan Bob untuk berbincang dan berkongsi idea persembahan dia nanti dan harap dia persembahkan lagu ni dengan baik,” katanya lagi.
Menjelang AJL34 yang akan diadakan pada 9 Februari 2020 nanti, Bob Yusof membawa lagu Anta Permana akan bertanding bersama 11 lagu lain antaranya Bangun (Aman Ra), Sumpah (Naim Daniel), Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip), Ku Bersuara (Ernie Zakri) dan banyak lagi.
Must-Watch Video