Laman Utama
“Saya Yakin Dia Akan Berjaya”- Sanggup Ke Muar Beri Sokongan, Ramai 'Kenenkan' Ayana Dengan Syed Saddiq
Pempengaruh yang berasal dari Korea dan popular di Malaysia, Ayana Jihye Moon telah ke Muar, Johor untuk memberi sokongan kepada YB Syed Saddiq yang menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ayana yang juga model berhijab mualaf itu memberitahu dia sanggup ke sana walaupun mempunyai jadual kerja yang padat.
“Pilihan raya ini penting untuk YB Saddiq, untuk Malaysia dan untuk diri saya sendiri kerana ia akan ditanya pada pengajian akhir saya– kehidupan pelajar PSCI di Malaysia.
“Ia sentiasa mengejutkan dengan cara yang baik untuk melihat dia terus maju walaupun menghadapi banyak masalah dalaman dan luaran.
“Dan saya ingin mendakwa bahawa sebab mengapa dia boleh melalui banyak perkara adalah kerana dia mempunyai orang seperti kami (+pasukannya) yang sentiasa menyokongnya malah meluangkan masa untuk turun ke Muar –di mana terdapat sambungan internet yang teruk.
“Hanya untuk dia di sebalik jadual kami yang sangat sibuk kami ke sini,” katanya.
Ayana berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri itu dia memuat naik fotonya bersama rakan-rakan ketika berjumpa Saddiq.
Difahamkan, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan kekal bertanding bagi mempertahankan kerusi di Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tambah Ayana dia yakin Saddiq boleh Berjaya dalam PRU15 kali ini.
“Saya yakin beliau akan berjaya dalam pilihanraya kali ini, dan pastinya banyak kepayahan, namun saya berdoa semoga Allah SWT permudahkan segalanya. Insya-Allah,” harapnya.
Dalam pada itu, entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata suka melihat kemesraan mereka berdua.
“Nampak macam sepadan je,” komen salah seorang pengikutnya.
“I don’t know but it looks like Ayana have a crush on that man,” kata salah seorang netizen.
“Jumpa jodoh dah tu Ayana,” tulis salah seorang warga maya.
Must-Watch Video