"Saya Gemuk Pun Laki Sayang Saya"
Gempak
07/08/2024 02:25 MYT
07/08/2024 02:25 MYT
"B yang nak kawin dengan sayang, B yang nak hidup dengan sayang, bukan orang lain," itu antara kata-kata manis suami kepada Siti Nurnatasha Husna Imtiyaz Ahmad sebelum menyuntingnya sebagai suri hati.
Jelas Siti Nurnatasha, 25, bersuamikan lelaki Muhammad Shahril Rizal Hanafiah, 28, yang disifatkan 'elok' pada pandangan ramai ibaratnya satu tuah.
"Paras rupa mahupun fizikal bukan ukuran kebahagiaan dalam rumah tangga kerana bagi saya, semua orang tak kira macam mana pun saiznya layak mencintai dan dicintai.
"Saya tak hairan orang nak cakap apa. Memang kalau time kami keluar bersama akan ada orang yang tengok. Ya saya faham sebab saya besar..saya gemuk. Tetapi itu semua saya telah biasa dari zaman kami bercinta. Suami pun selalu pujuk saya dan selalu cakap dia sayang saya.
"Saya memang bertuah kerana saya tahu dia memang sayang saya. Saya bukan nak cakap apalah. Duit gaji dia, duit bonus dia, nombor akaun dia semua dia bagi saya. Dia hanya ambil duit belanja makan dia sahaja," katanya kepada Gempak.
"Waktu itu terkenal dengan aplikasi WeChat jadi saya pun cuba nasib mencari kawan perempuan.
"Memang saya yang nak kenal dan tegur dulu isteri… awalnya tak nampak pun wajah isteri kerana dia tak letak gambar di aplikasi berkenaan.
"Tapi beberapa hari selepas itu, kami berjumpa dan pertemuan itu berjalan lancar malah kami pun selesa dengan satu sama lain jadi tak ada masalah.
"Enam bulan kemudian baru bercinta sebelum sepakat mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2020," katanya.
"Dia (isteri) ramah, pandai ambil hati keluarga dan hormat orang tua, jadi atas sebab itu saya pilih dia sebagai isteri.
"Keluarga terima saja cuma ada segelintir rakan mempersoalkan dengan bertanya soalan berbaur sindiran seolah saya buat pilihan salah kerana bentuk fizikal isteri.
"Hakikatnya, saya yang akan menjalani perkahwinan dan hadap susah senang rumah tangga, bukan mereka jadi abaikan saja kata-kata negatif itu," katanya.
"Alhamdulillah, saya banyak terima komen positif malah ramai yang mendoakan kebahagiaan kami.
"Tapi ada juga komen negatif dengan menulis ayat sindiran seperti kereta lebih muatan yang jelas membawa maksud 'body shaming' (penghinaan bentuk fizikal).
"Apapun, saya terima dan berharap perkahwinan dengan isteri dirahmati serta berkekalan sampai syurga.
"Semoga yang mendoakan kami diberi kebahagiaan dan walau apa pun ujian dalam rumah tangga, hargailah pasangan kita," katanya yang berkongsi minat sama dengan isterinya iaitu kereta dan gemar ke acara automotif bersama.
Jelas Siti Nurnatasha, 25, bersuamikan lelaki Muhammad Shahril Rizal Hanafiah, 28, yang disifatkan 'elok' pada pandangan ramai ibaratnya satu tuah.
"Paras rupa mahupun fizikal bukan ukuran kebahagiaan dalam rumah tangga kerana bagi saya, semua orang tak kira macam mana pun saiznya layak mencintai dan dicintai.
"Saya tak hairan orang nak cakap apa. Memang kalau time kami keluar bersama akan ada orang yang tengok. Ya saya faham sebab saya besar..saya gemuk. Tetapi itu semua saya telah biasa dari zaman kami bercinta. Suami pun selalu pujuk saya dan selalu cakap dia sayang saya.
"Saya memang bertuah kerana saya tahu dia memang sayang saya. Saya bukan nak cakap apalah. Duit gaji dia, duit bonus dia, nombor akaun dia semua dia bagi saya. Dia hanya ambil duit belanja makan dia sahaja," katanya kepada Gempak.
BERITA TRENDING: Jasmin Hamid Geram, Netizen Puaka Persoal Saiz Badan - “Gemuk Salah, Kurus Salah, Kau Nak Apa Sebenarnya?”
BERITA TRENDING: Salahkah Muslim Biarkan Dirinya Gemuk?
Kenal di WeChat
Sementara itu, bagi Shahril, dia menerima Siti Nurnatasha Husna seadanya biarpun bertemu pertama kali dengan isterinya selepas hanya bertegur sapa di aplikasi WeChat kira-kira enam tahun lalu."Waktu itu terkenal dengan aplikasi WeChat jadi saya pun cuba nasib mencari kawan perempuan.
"Memang saya yang nak kenal dan tegur dulu isteri… awalnya tak nampak pun wajah isteri kerana dia tak letak gambar di aplikasi berkenaan.
"Tapi beberapa hari selepas itu, kami berjumpa dan pertemuan itu berjalan lancar malah kami pun selesa dengan satu sama lain jadi tak ada masalah.
"Enam bulan kemudian baru bercinta sebelum sepakat mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2020," katanya.
Ramah, pandai ambil hati keluarga
Tolak ketepi soal paras rupa, akui Shahril, dia lebih tertarik pada keperibadian isterinya."Dia (isteri) ramah, pandai ambil hati keluarga dan hormat orang tua, jadi atas sebab itu saya pilih dia sebagai isteri.
"Keluarga terima saja cuma ada segelintir rakan mempersoalkan dengan bertanya soalan berbaur sindiran seolah saya buat pilihan salah kerana bentuk fizikal isteri.
"Hakikatnya, saya yang akan menjalani perkahwinan dan hadap susah senang rumah tangga, bukan mereka jadi abaikan saja kata-kata negatif itu," katanya.
BERITA TRENDING: Saintis Dari China Temui Gen Lawan Obesiti?
Komen negatif body shaming
Berhubung perkongsian di TikTok, Muhammad Shahril Rizal berkata, niatnya berkongsi gambar dan video sekadar untuk menyimpannya sebagai kenangan."Alhamdulillah, saya banyak terima komen positif malah ramai yang mendoakan kebahagiaan kami.