Biarpun video video muzik Kelepak Kelepuk Raya milik usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mencetuskan pelbagai kontroversi, namun ia masih menerima sambutan menggalakkan.

Buktinya, video berkenaan dilihat masih trending dengan jumlah tontonan yang semakin meningkat.

Perkara itu turut diperakui oleh Aliff Syukri sendiri yang menggelarkannya sebagai artis nombor satu.

“Sayalah artis nombor satu malaysia buktinya lagu saya trending nombor satu selama 8 hari.

“Sedap yer suara saya ni asli ya bukan autotune,” katanya.

Tambahnya, dia juga menuntut janji netizen yang mahu menonton video muziknya di YouTube.

“Korang dah janjikan kalau saya buat version baru korang nak tengok kat youtube???

“Akhirnya ku turuti. Apa yang netizen nak #kelepokraya baru,” katanya.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

Terdahulu, penayangan video muzik raya Kelepak Kelepuk Raya milik Aliff Syukri melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata yang tidak sesuai untuk tontonan ramai lebih-lebih ketika di bulan Ramadan.

Susulan itu SKMM memanggil individu terlibat dalam klip video muzik sempena Aidilfitri dikaitkan dengan Aliff Syukri yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata individu yang dikenal pasti telah diberi notis dan diminta untuk hadir di ibu pejabat MCMC di Cyberjaya.

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)