Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri tumpuan ramai apabila tampil dengan gaya busana karakter watak filem animasi Disney, Mulan.

Difahamkan, gaya ‘rare’ itu dibawa Siti ketika menghadiri Majlis Perjumpaan dan Sambutan Ulang tahun kelahirannya yang ke-43 bersama kelab peminat, Sitizone, hari ini.

Menerusi gambar dimuat naik di Instagram Siti, penyanyi lagu Seribu Kemanisan itu mengayakan kostum berwarna merah yang sinonim dengan karakter animasi berkenaan.

“Sayalah Mulan Berhijab” katanya menerusi Instagram Story.

Tidak cukup dengan Siti turut memuat naik sebuah video yang menyaksikan beliau memecahkan batu bata menggunakan pedang.

“Tak salah kan berangan,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Menerusi ruang komen, rata-ratanya terkejut apabila penyanyi tersohor itu berani membawakan gaya animasi tersebut.

“Lagi cantik dari mulan ni macam mana help”.

“Waahhh Mulan convert Islam ni”.

“Nama ni mesti Siti Nur Mulan,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)