Laman Utama
“Sayang Daddy Sampai Bila-Bila Sebab…”- Sebak! Ucapan Anak-Anak Tiri Issey Menyentuh Hati Ramai
Pelakon dan penyampai radio, Issey Fazlisham terharu dengan kejutan hari jadi yang ke-34 oleh isteri, Noor Aimi Jamel dan anak-anaknya di rumah.
Menurut Issey ia sambutan yang paling istimewa kerana disambut dengan sangat meriah di rumah walaupun dalam suasana ‘lockdown’.
“Birthday Lockdown…Best ever celebration. Terima kasih,” katanya.
Issey berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik video sambutan hari jadi itu diraikan.
Istimewanya dalam video yang sama, Issey menyelitkan video ucapan khas yang dibuat oleh isteri dan anak-anaknya sempena hari lahirnya.
Dalam ucapan tersebut, Aimi mendoakan agar suaminya terus diberi kebahagian dan kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. Mereka juga tidak sabar menanti ‘orang baru’ dalam keluarga mereka tidak lama lagi.
Selain itu, ucapan dari ketiga-tiga anak tirinya juga telah menyentuh hati kerana mereka semua memaklumkan sangat berterima kasih serta menyayanyi Issey yang dipanggil dengan gelaran Daddy.
“Kakak sayang daddy…sebab daddy jaga kakak. Daddy bagi kakak makan. Kakak sayang dady sampai bila-bila,” antara ucapana salah seorang anak tirinya.
Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengakui berasa terharu dan sebak mendengar ucapan tulus isteri dan anak-anak selebriti kelahiran Kelantan itu.
“Kenapa menangis tengok video ini,” komen salah seorang pengikutnya.
“Sedihnya anak-anak dia wish macam tu,” kata salah seorang warga maya.
“Tiba-tiba I touching pula,” sebak salah seorang netizen.
Issey dan Aimi bernikah pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan. Aimi mempunyai tiga orang anak dari perkahwinan terdahulu, Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah.
Must-Watch Video