Si cilik iras Neelofa, adik Che Naura Auni mencuri perhatian apabila penampilannya yang semakin ke arah dewasa membuatkan wargamaya tidak selesa.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi foto terbaru Naura, 6, yang mengenakan baju kurung moden, bertudung dan lengkap dengan solekan.

“Zaman sekarang memang semua budak-budak try hard nak jadi dewasa. Dia tak tahu yang orang dewasa semua nak jadi budak balik,” tulis pengguna tersebut menerusi satu kicauan.

Menerusi kicauan tersebut, wargamaya berpendapat ibu bapa Naura terlalu ‘menjual’ anak sehingga mereka risau Naura bakal terlepas menikmati usia kanak-kanaknya.

Ramadhan yang ke 16’ okay tak semua?’ semoga amalan dan ibadah kita diterima olehNya’ aminnnn???

A post shared by Che Naura Auni✨ (@nauraboniey) on

Malah, penampilan Naura mengenakan pakaian yang agak berusia, gaya tudung seperti wanita serta kulit wajahnya yang tidak lekang dengan solekan menjadi buah mulut ramai.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya menyalahkan ibu bapa Naura dan mencadangkan sepatutnya kanak-kanak itu menjalani kehidupan yang normal.

“Kesian adik ni dia tak tahu apa. Mak bapak kejar populariti, dia pulak jadi mangsa patung kena hias macam tu,” komen seorang wargamaya.

“Kalau boleh pakaian tu biarlah kena dengan umur dia. Sekali dua je bolehlah kalau nak dress up macam Neelofa,” tegur seorang wargamaya.



“Betul weh. Aku block akaun budak naura ni. Sekali dua nampak okaylah macam Neelofa. Kerap-kerap semua post macam over je terus jadi menyampah. Kesian kecil-kecil tak menyempat nak main dah nak jadi Neelofa,” luah seorang wargamaya.

“Sayang betul. Kecil-kecil dah pakai lipstick, make up bagai. Risau je nanti dah umur 20 muka macam umur 35,” kata seorang wargamaya.

“Hati-hati, Pedofil kat luar sana tengah intai. Nak gayakan anak kau simpan kat kau je dah lah,” tulis seorang wargamaya lagi.

Terdahulu, Naura mendapat perhatian kerana wajahnya yang iras dengan Neelofa sehingga pernah diundang ke program MeleTOP untuk bertemu dengan selebriti popular itu.