Laman Utama
Sayang Salmah Berentak Reggaeton, Alvin Chong Dituduh Tiru Andi Bernadee!
Pelakon dan penyanyi Alvin Chong tidak melatah apabila dituduh meniru Andy Bernadee apabila single terbarunya berjudul Sayang Salmah yang berentak raggaeton.
Alvin berkata, tuduhan tersebut sama sekali tidak berasas kerana baginya sesiapa sahaja berhak untuk menyanyikan apa sahaja genre dan rentak lagu.
“Takkanlah di Malaysia ni Andi Bernadee sahaja yang boleh menyanyikan lagu berentak reggaeton? Sebelum ini pun saya dengar Afieq Syazwan juga dituduh meniru kerana lagu Lelaki Di Telefon.
“Andi Bernadee tidak pernah cakap apa-apa, tetapi orang luar pula yang berlebh-lebih seperti mahu melaga-lagakan dia dengan penyanyi lain.
“Tak baik macam tu…Macam saya sendiri, kalau boleh saya mahu cuba semua jenis genre dan setakat ini Sayang Salmah mendapat maklum balas positif daripada pendengar,” katanya.
Kata Alvin lagi, lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Dedeq dan diterbitkan oleh Universal Music Malaysia itu memberi warna baru dalam kerjaya nyanyiannya.
“Kenapa judul Sayangku Salmah, sebab Salmah nama yang sangat sinonim dan dekat dalam komuniti kita. Malah, saya rasa setiap orang mesti ada kawan atau ahli keluarga mereka yang bernama Salmah.
“Buktinya, apabila saya memuat naik lagu ini di TikTok ramai cakap nama kawan mereka Salmah dan ada juga nama adik mereka Salmah.
“Pendek kata, nama ini dipilih sebagai simbolik kepada wanita bagi disesuaikan dengan muzik video dan jalan cerita lagu ini,” katanya.
Alvin ditemui ketika Majlis Pelancaran Muzik Video Sayang Salmah di HighPark Suites by Gamuda Land, Damansara Utama pada Rabu.
Sebelum pelancaran lagu dan MV itu, Alvin terlebih dahulu menyajikan peminat dengan video TikTok lagu Sayangku Salmah yang kini sudah mencecah lebih 20 juta tontonan.
“Saya juga sudah membuat kempen pra pelancaran Sayangku Salmah bersama TikTok iaitu dua minggu sebelum lagu ini dilancarkan secara rasmi.
"Sepanjang tempoh itu, kami mendapat lebih 20 juta penonton sekali gus mendengar lagu ini,” katanya.
Must-Watch Video