Laman Utama

“Sayang Seorang Yang Kuat…”- Khai AF Temani Rosma Pertama Kali Dimasukkan Ke Hospital

gempak
Syafiqah Jalal
25/02/2021
07:30 MYT
Sponsor Banner
“Sayang Seorang Yang Kuat…”- Khai AF Temani Rosma Pertama Kali Dimasukkan Ke Hospital
Penyanyi Khai AF (Akademi Fantasia) memaklumkan isterinya Rosma telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru.
Kata Khai, ini pertama kali isterinya dimasukkan ke hospital sepanjang dia mengenali Rosma.
“Menemani isteriku tercinta. Abang doakan semoga sayang cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya. InsyaAllah... Amin...
“Sayang seorang yang kuat, first time admit sepanjang perkenalan dan perkahwinan kita,. Anak-anak pun terkejut selalunya daddy yang admit.
“Allah uji ikut kemampuan hambaNya. Terima kasih diatas Doa yang baik-baik daripada kalian semua buat isteri saya. Hanya Allah sahaja dapat membalasnya,” katanya.
Khai berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama Rosma yang berada di hospital.
Sementara itu, Rosma memaklumkan keadaan sebenar yang berlaku kepada dirinya sejak beberapa hari yang lalu sehingga didapati mempunyai jangkitan kuman.
“Sebenarnya sebelum ni saya ada masalah batuk ‘on off’, dah dua minggu dada sebelah kanan saya ni sakit.
“Saya buat keputusan untuk melakukan pemeriksaan X-ray dan bila keluar keputusan doktor dapati ada jangkitan kuman di paru-paru saya." jelasnya.
Pun begitu, dalam kemas kini terbaharunya sejam yang lalu, Rosma memaklumkan di kini usdah pun dibenarkan pulang dan dicaj dari hospital
Khai dan Rosma merupakan bintang yang sama menyertai program AF musim pertama dan berkahwin selepas beberapa tahun tamat program tersebut. Mereka kini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live