“Sayangnya Dia Dekat Awak” - Picit Pipi Comel, Netizen Puji Cara Suami Layan Beby Tora

Mya Amri
Februari 14, 2022 12:54 MYT

Pempengaruh, Beby Tora mendapat perhatian netizen selepas berkongsi satu video bersama suaminya Apit Johari.

Video tersebut merakamkan Beby Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie sedang makan sambil membuat reviu tentang hidangan tersebut.

Lain pula halnya dengan Apit apabila dia hanya mendengar dan memandang isterinya menikmati hidangan itu.

Lebih manis lagi, Apit secara tiba-tiba mencubit pipi isterinya membuatkan netizen berasa lucu dengan tindakan spontan suami Beby Tora.

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya menyatakan Beby Tora beruntung kerana memiliki suami yang sangat menyayangi dirinya.

Selain itu mereka juga mendoakan pasangan ini bahagian hingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat.

Sebelum ini, Beby Tora sering dihina dan dikecam disebabkan fizikalnya selain belum memiliki cahaya mata.

Komen-komen tersebut terlalu kejam dan tidak menjaga sensitiviti sesama wanita sehingga mengguris hatinya.

BACA: “Selekeh, Kuat Makan Patut Tak Ada Zuriat,” - Beby Tora Kena Hina Lagi, Followers Pesan Suruh Banyak Sabar

#Instafamous #Beby Tora #Pempengaruh