Platform media sosial kini kecoh dengan penampilan terbaru pelakon Natasha Hudson.

Jika sebelum ini ramai mengetahui Natasha sudah bertudung, namun satu posting terbaru di Instagramnya telah mengejutkan ramai pihak.

Menerusi hantaran berkenaan, Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 39, memuat naik gambar dan video sedang menjalani aktiviti luncur air dipercayai di Kuantan, Pahang.

Pelakon Cermin itu kemudian memuat naik satu lagi gambar ketika dengan imej tanpa hijab di sebuah pantai di Langkawi.

Pun begitu, berdasarkan pemantauan Gempak kedua-dua posting berkenaan telah ditutup ruang komennya.

Sementara itu, di platform Twitter ada netizen yang meluahkan rasa kecewa mereka apabila melihat gambar berkenaan.

Namun, tidak kurang juga yang menganggap itu adalah hak pelakon berkenaan.

“Dah free hair, sayangnya”.

“Takpe lah hak dia, hormat je”.

“Dah terbang ke tudung atau dah tanggal,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, Gempak sudah pun menghubungi Natasha mengenai isu ini dan sehingga artikel ini ditulis masih tiada sebarang respon dari empunya diri.

Apapun, doakan yang baik-baik!

Untuk rekod, Natasha sebelum ini pernah berkahwin dan bercerai sebanyak empat kali.

Perkahwinan pertamanya bersama Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 hanya bertahan selama empat bulan.

Perkahwinan kedua pula bersama ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Neesa Helena, 14.

Namun, hubungan tersebut hanya bertahan selama dua tahun.

Natasha kemudiannya berkahwin dengan penyanyi hip hop Khalid Kamal atau Carleed Khaza 15 April 2012.

Menerusi perkahwinan bersama Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Khaleela, 9, dan Faatimah, 7. Pasangan ini bercerai pada 2018.

Natasha berkahwin kali keempat dengan seorang ahli perniagaan asal Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor pada 7 Disember 2018, namun bercerai pada Oktober 2019.