“Saya Tiada Komen Tentang Poster” - Percaya Ada Alasan Kukuh, Adira Hormati Keputusan Stacy Tarik Diri Dari Konsert A Night With Sumandak Stars
Ainun
09/11/2024 08:30 MYT
09/11/2024 08:30 MYT
Penyanyi Adira Suhaimi percaya bahawa rakan seindustrinya, Stacy, mempunyai alasan tersendiri untuk menarik diri daripada konsert A Night With Sumandak Stars.
Menurut Adira, atau nama sebenarnya Siti Adira Suhami, 33, dia tetap menghormati keputusan Stacy dan enggan masuk campur tangan sekiranya terdapat sebarang salah faham antara penyanyi itu dengan pihak penganjur.
"Saya tidak sempat nak baca komen atau berkomunikasi dengan kawan-kawan yang terbabit dalam konsert ini, tapi saya rasa kontroversi yang timbul sebelum ini sudah selesai.
Menurut Adira, atau nama sebenarnya Siti Adira Suhami, 33, dia tetap menghormati keputusan Stacy dan enggan masuk campur tangan sekiranya terdapat sebarang salah faham antara penyanyi itu dengan pihak penganjur.
"Saya tidak sempat nak baca komen atau berkomunikasi dengan kawan-kawan yang terbabit dalam konsert ini, tapi saya rasa kontroversi yang timbul sebelum ini sudah selesai.
"Saya juga kurang pasti kenapa Stacy tarik diri tapi apa yang saya harapkan, konsert ini berjalan lancar sebab saya berkawan dengan semua.
"Saya percaya mereka juga ada hak untuk buat keputusan sendiri sama ada mahu teruskan atau tidak. Saya hormati keputusan masing-masing.
"Saya baik dengan semua yang terbabit dalam konsert ini, saya mahu jaga hubungan baik itu. Saya rasa Stacy ada alasan dia sendiri kenapa dia tarik diri,” katanya kepada Gempak.
Adira berkata demikan ketika ditemui di konsert akhir The Chosen One musim kedua yang berlangsung di Studio Visual Three, Seri Kembangan, pada Jumaat.
Selain itu, penyanyi lagu Ombak Rindu ini juga enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa poster konsert tersebut menjadi punca berlakunya salah faham.
"Saya sendiri berurusan dengan orang tengah jadi apa-apa informasi memang dari orang tengah, saya tiada komen mengenai poster atau sebagainya.
"Bahagian saya sudah okay, selepas kontroversi kami ada bercakap dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
"Sejujurnya saya tak mahu komen lanjut tapi saya mengharapkan yang terbaik untuk konsert ini dan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Saya tetap komited untuk buat persembahan," ulasnya.
Dalam pada itu, Adira gembira apabila beberapa nama penyanyi lain turut diumumkan bagi memeriahkan konsert tersebut seperti Azharina, Ayu Damit dan Salam Asis.
Konsert A Night With Sumandak Stars yang bakal berlangsung pada 30 November ini turut menggabungkan penyanyi wanita dari Sabah seperti Bella Astillah, Marsha Milan, Adira Suhaimi, Nikky Palikat, Wani Kayrie dan Didi Astillah.