Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sayu Hati Lihat Pasangan Warga Emas Lepas Lelah Penat - "Seolah Sedang Kelaparan, Duduk Menanti Ihsan

Ernalisa
19/08/2024 11:55 MYT
Raut wajah lesu sepasang suami isteri warga emas yang keletihan singgah berhenti rehat di kaki lima menyentuh hati warganet.

Menerusi video yang dikongsikan pemilik akaun TikTok Ismail Sajiman, pasangan itu difahamkan sedang kelaparan dan berada di sebuah premis dalam keadaan panas.

"Ternampak pakcik makcik seolah-olah dalam kelaparan dan hanya duduk di luar kedai menanti ihsan.

"Raut wajah mereka nampak keletihan. Tetapi saya tak sampai hati nak biarkan mereka tanpa bantu mereka," ringkasnya melalui kapsyen di video yang dikongsikan.

Menurut Ismail, lelaki lewat 60-an itu baru sahaja menghantar isterinya mendapatkan rawatan di salah sebuah klinik berdekatan.

Sesekali lelaki tua berbaju T hijau yang berbalut kaki kirinya terlihap mengelap peluhnya.

BERITA TRENDING :Upload Gambar Baru Di IG, Ramai Terpegun Lihat Penampilan Terkini Ira Kazar - "Cantik, Macam Orang Turki"

BERITA TRENDING : Akibat Kahwin Lain, Wanita Nekad Robohkan Rumah Bekas Kekasih

BERITA TRENDING : Mahu Dapatkan Rawatan Di Hospital, Kanak-Kanak Ditandu Sejauh 1 Kilometer


BERITA TRENDING : Lebih 30 Cedera Roda Ferris Terbakar Di Festival Muzik!

Simpati dengan keperitan itu, Ismail dilihat menghulurkan sedikit sumbangan kepada suami isteri berkenaan.

"Apa yang saya pelajari ialah walau keadaan susah pun mereka tetap bersama. Ya Allah kau angkatlah penderitaan kesakitan buat mereka.

"Penderitaan yang mereka alami ini jugalah ujian buat kami. Syukur dapat kongsi rezeki. Saya terharu melihat air mata kesyukuran mereka," katanya.

Dalam pada itu, video viral berkenaan mendapat perhatian netizen.

"Mereka selalu datang klinik, saya kerap cuci luka mereka...memang kenal sangat mak cik Simbok dengan ayah Hassan ni," tulis seorang pengguna media sosial.

Sumber: TikTok Ismail Sajiman

#Viral #Bantuan #Sedih #Emas #Bersyukur #Warga
;