Penyanyi popular, Misha Omar menyentuh perasaan ramai apabila mendendangkan lagu Cinta Sejati nyanyian asal Bunga Citra Lestari.

Nyanyian itu dikongsi menerusi sebuah video di entri akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Misha menyeru agar masyarakat terus berkasih sayang dan saling menghargai selagi masih mempunyai waktu.

"Teruslah berkasih sayang, saling menghargai, cinta mencintai saat waktu masih berpihak pada kita," tulisnya di ruangan kapsyen.

Sementara itu, Misha juga tidak lupa mengajak para pengikutnya untuk menyedekahkan Al-Fatihah buat rakan industri dan ayahnya yang telah meninggal dunia.

"Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Ashraf Sinclair, Abam, Aji, Faizal Uzir, Kelly, Pak Yus, Adnan Abu Hassan dan Allahyarham bapaku, Omar Ismail seusai kalian menikmati nyanyian sederhana saya ini, terima kasih," tulisnya mengakhiri kapsyen.



Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Misha yang rata-ratanya tersentuh.

Dalam pada itu, ramai juga yang memuji nyanyian Misha yang penuh penghayatan.

"..Saat Aku tak lagi disisimu, ku tunggu kau di keabadian..." . Teruslah berkasih sayang ,saling menghargai, cinta mencintai saat waktu masih berpihak pada kita,..Jangan lupa sedekahkan/ hadiahkan seikhlas hati al fatihah buat Allahyarham Ashraf Sinclair, Allahyarham Abam @ Syed Umar Mokhtar, Allahyarham Aji, Allahyarham Faizal Uzir, Allahyarham Kelly, Allahyarham Pak Yus, Allahyarham Adnan Abu Hassan dan Allahyarham bapaku, Omar bin Ismail seusai kalian menikmati nyanyian sederhana saya ini,... Terima kasih...?

A post shared by Misha Omar (@mishaomar) on


Baru-baru ini, industri hiburan tanah air dikejutkan oleh pemergian pelawak Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar pada 10 Februari 2020.

Seminggu selepas itu, pelakon Ashraf Sinclair pula meninggal dunia secara mengejut di Indonesia akibat serangan jantung.