Sayu...Misha Omar Dendang Lagu BCL, Kenang Pemergian Mereka Yang Telah Pergi

Asraf Aided
Mac 2, 2020 08:26 MYT
Penyanyi popular, Misha Omar menyentuh perasaan ramai apabila mendendangkan lagu Cinta Sejati nyanyian asal Bunga Citra Lestari.
Nyanyian itu dikongsi menerusi sebuah video di entri akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Misha menyeru agar masyarakat terus berkasih sayang dan saling menghargai selagi masih mempunyai waktu.
"Teruslah berkasih sayang, saling menghargai, cinta mencintai saat waktu masih berpihak pada kita," tulisnya di ruangan kapsyen.
Sementara itu, Misha juga tidak lupa mengajak para pengikutnya untuk menyedekahkan Al-Fatihah buat rakan industri dan ayahnya yang telah meninggal dunia.
"Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Ashraf Sinclair, Abam, Aji, Faizal Uzir, Kelly, Pak Yus, Adnan Abu Hassan dan Allahyarham bapaku, Omar Ismail seusai kalian menikmati nyanyian sederhana saya ini, terima kasih," tulisnya mengakhiri kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Misha yang rata-ratanya tersentuh.
Dalam pada itu, ramai juga yang memuji nyanyian Misha yang penuh penghayatan.
Baru-baru ini, industri hiburan tanah air dikejutkan oleh pemergian pelawak Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar pada 10 Februari 2020.
Seminggu selepas itu, pelakon Ashraf Sinclair pula meninggal dunia secara mengejut di Indonesia akibat serangan jantung.
#Misha Omar #Ashraf Sinclair #BCL