Viral
Sayunya Hati Tengok Lukisan Fatimah Ni…
Pada Ahad lalu, si cilik popular yang juga anak saudara kepada Adamdidam, Fatimah, telah melukis sesuatu seolah-olah menggambarkan perasaannya selepas pemergian Chef selebriti itu.
Lukisan yang memaparkan sekeping hati retak tersebut dikongsi menerusi Instagram @thefamily.uk, kira-kira jam 7 malam (waktu Malaysia), Isnin.
“Fatimah lukis ini pada hari Ahad, 14 Ramadan 1440 H, pada hari ‘Mamajee’ meninggal dunia. Dia kata ‘Mamajee’ dah pergi.
“Hati Fatimah remuk, dia menangis. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan Fatimah sekarang. Mungkin lukisan ini menceritakan segala-galanya tentang perasaan dia sekarang.
“Doakan Fatimah ya, dia masih dalam proses pemulihan,” menurut kapsyen pada perkongsian tersebut.
Posting @thefamily.uk turut mendapat perhatian selebriti popular tanah air seperti Neelofa, Dynas Mokhtar, Siti Elizad, Mona Allen dan ramai lagi yang mahukan Fatimah kembali ceria dan bersemangat.
Muat naik tersebut juga telah mendapat lebih 100 ribu ‘like’ selepas 7 jam dengan hamper 4 ribu komen.
Rata-rata pengikut turut meluahkan rasa kehilangan dilalui Fatimah dan memahami perasaan anak kecil itu yang diketahui sangat rapat dengan Allahyarham.
Chef Adamdidam atau nama sebenarnya Adam Mahamed Ismail, meninggal dunia pada usia 29 tahun, 19 Mei lalu.
Adam meninggal dunia di rumah ibu bapanya di Kota Bharu akibat jangkitan paru-paru.
Must-Watch Video