,
Viral

Sayunya.... Rezeki Terjejas Akibat PKP, Kisah Mak Cik 57 Tahun Sarung Kostum Hello Kitty Runtun Hati Netizen!

Kamaruddin Razal
03/04/2020
11:31 MYT
Kisah seorang wanita tua berusia 57 tahun yang menjana pendapatan dengan menyarungkan kostum Hello Kitty di sekitar Pantai Teluk Cempedak, Kuantan meruntun hati netizen.
Mencari rezeki dengan cara terbabit, mata pencarian wanita bernama Siti Endon Ismail ini terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung bermula 18 Mac lalu.
Seorang pengguna Twitter bernama Saranikka bercerita mengenai kisah mak cik terbabit di laman sosial itu.
CIMB: 7612146453 Source: https://t.co/WWlC8ZGQyC pic.twitter.com/OkvNgNUDKk— Saranikka ?️‍? (@Nikkasara) April 2, 2020 "Ini cerita Doraemon yang lagi penting! Kalau ada lebih, please tolong mak cik ni.
"She is 57 & wears Hello Kitty / Doraemon costume to entertain children for money. Sebab COVID-19, tak ada income. She's alone & lives with cats. RT pls!" tulis Saranikka.
Saranikka berkongsi hebahan berita yang dilaporkan oleh NST dan perkara terbabit mendapat perhatian netizen yang bersimpati dengan nasib mak cik itu.
Pada tahun lalu, Astro Awani pernah melaporkan kisah mak cik ini yang meraih pendapatan menerusi pemakaian kostum ini.
Mula memakai kostum Hello Kitty dan juga beberapa karektor lain sejak pagi sehingga ke lewat malam di Pantai Teluk Cempedak.
Cabaran yang dipikulnya cukup berat, pada usia emas, dia terpaksa menahan kepanasan kerana terpaksa berada berjam-jam dalam kostum itu demi mencari rezeki.
Astro Awani juga melaporkan yang mak cik itu pernah berkahwin dengan seorang lelaki Mat Salleh dan anak-anaknya mengikut suami untuk pulang ke Scotland.
Hubungan mereka terpisah sejak 21 tahun lalu kerana mak cik itu enggan mengikut suami ke negara asalnya.
Kini, mak cik ini meneruskan hidup bersendirian dengan berpuluh-puluh ekor kucing di rumahnya.
Anda boleh menghulurkan bantuan kepada mak cik ini menerusi akaun CIMB Siti Endon Ismail bernombor 7612146453.
Sumber / Foto: NST, Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tom Holand Sah Kembali Jadi Spider-Man: “Saya Tidak Sabar”

gempak
24/10/2024
03:45 MYT
Tom Holand akhirnya mengesahkan akan kembali bermain dalam saga ke empat Marvel yang cukup ikonik dengan dirinya, Spider-Man.
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Viral

Dibayar RM60, Dibelasah Jika Tolak Melacur! Imigresen Selamatkan 7 Wanita Dari 'Kapten' Bangladesh

gempak
23/10/2024
15:25 MYT
Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Viral

Buat Hal! Pelancong China Lastik Haiwan Di Zoo, Netizen Panas Hati

gempak
23/10/2024
13:25 MYT
Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
BorakSeeni