Sazzy Falak, Nash Bawa Anak Sambut Anniversary ke-10 Di Maldives

Syafiqah Jalal
November 15, 2016 04:10 MYT
Pasangan selebriti Sazzy Falak dan Nash kini berada di Pulau Maldives bagi menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10 di sana.
Menerusi laman sosial Instagram Sazzy, pasangan itu bukan sahaja berdua malah turut membawa anak kembar mereka iaitu Iman Lily dan Tiara Rose bersama.
Meskipun membawa anak-anaknya yang kini sudah berusia lima tahun bersama, namun percutian mereka tetap nampak romantis apabila mereka berkongis foto-foto berdua yang sangat sweet.
Keindahan pulau Maldives yang hijau itu juga tidak dinafikan telah mewujudkan suasana yang sangat tenang dan mendamaikan di dalam foto-foto yang dikongsikan.
Keluarga ini berada di sana sejak enam hari yang lalu iaitu bermula pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang jatuh pada 8 November lalu.
Berikut merupakan foto-foto berkenaan:
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Pengacara #Sazy Falak