"Is This A Scam?.." - Instagram Azrinaz Mazhar Hampir Digodam

Zulaikha Yusof
Disember 18, 2018 07:06 MYT
Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar mendedahkan akaun Instagram (IG)nya hampir digodam, semalam.
Menerusi entri terbaharu di IG, Azrinaz menanyakan kepada pengikutnya mengenai
e-mel yang diterima yang menimbulkan keraguan kepada dirinya.
"I received this email yesterday. After clicking the verify button, it leads to 'confirm your email' (swipe) and asking for my email password.
"Has anyone experience this? Is this a scam?", tulis Azrinaz.
Rata-rata pengikutnya menasihati supaya tidak mengikut arahan yang dihantar serta meminta Azrinaz membuat laporan kepada pihak Instagram.
Malah, ada segelintir netizen yang pernah mengalami pengalaman seperti itu sebelum ini.
#Azrinaz Mazhar