,
Laman Utama

Scammer Ubah Suai Gambar Bersama Ibu Untuk Perdaya Mangsa, Dr Amalina Minta Report Akaun Facebook Palsu Guna Namanya

Izwan Isa
23/11/2022
14:25 MYT
Pengsohor Dr Amalina Che Bakri meminta orang ramai supaya berhati-hati terhadap penyamar yang menyamar sebagai dirinya di sebalik beberapa akaun palsu di platform media sosial Facebook.
Menerusi beberapa rantaian Instagram Story, Dr Amalina memberitahu pengikutnya yang akaun-akaun tersebut dibangunkan bertujuan untuk menipu orang ramai.
“Seseorang buat akaun palsu menggunakan nama saya untuk menipu orang di Facebook. Tolong report akaun ini.
“Gambar saya bersama mama saya telah diubah suai. Jangan klik link itu, itu adalah scam!” tegahnya.
Dalam pada itu, Dr Amalina turut menegaskan yang dia tidak mempunyai akaun Facebook.
“Tolong ambil perhatian yang saya tidak mempunyai akaun Facebook. Saya hanya memiliki Instagram, Twitter dan TikTok akaun sahaja, tidak Facebook,” katanya lagi.
Dalam masa yang sama, Dr Amalina turut berkongsi tangkap layar akaun media sosial rasminya dan dimuat naik ke Instagram Story.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.
Viral

Dikatakan Gambar Lucah Tersebar, Ini Cara Terbaharu Scammer Umpan Mangsa Untuk Kaut Data Peribadi

gempak
01/08/2024
05:55 MYT
Aktiviti penipuan secara atas talian bukanlah satu jenayah yang baru berlaku dalam negara ini.
Hiburan

Semua Sangka Shahir Kembali Menyepi, Hakikatnya Instagram Kena Godam! Lenyap Sebab Tak Bayar RM2,000 - "Habis Kenangan Saya"

gempak
18/07/2024
09:25 MYT
Juara Akademi Fantasia 8 (AF8), mengakui sepi dari media sosial disebabkan akaun Instagram rasminya telah digodam individu tidak bertanggungjawab.
Gaya Hidup

Rakyat Malaysia Rugi Lebih RM1.3 Bilion Sebab Scam, Pakar Kongsi Modus Operandi Scammer

gempak
03/07/2024
09:43 MYT
Pempengaruh yang terkenal dengan kandungan ilmiah berkaitan kewangan, @financialfaiz berkongsi mengenai satu isu melibatkan seorang individu yang kehilangan wang lebih RM1.3 gara-gara aktiviti penipuan (scam) pada tahun 2023.
Hiburan

Riezman Khuzaimi Lega Pelaku Pecah Amanah Didakwa

gempak
14/06/2024
09:02 MYT
Pengarah Projek Mission Sight Sdn Bhd, Riezman Khuzaimi, mengakui trauma dengan kejadian pecah amanah yang berlaku kepada Konsert Goyang Asia Koplo Milenia.