“Scan Rahim, Kantung Sedikit Kosong Dan Penyek” – Dr Say Mohon Doa Untuk Isteri

Mya Amri
Julai 1, 2020 04:23 MYT
Pengacara My Doctors, Dr. Say Shazril berkongsi perkembangan terkini isterinya Dr Azura Abas yang sedang hamil.
Menerusi akaun Instagramnya, Say memberitahu isterinya baru sahaja membuat pemeriksaan kehamilan.
Bagaimanapun keputusan yang diperolehi membuatkan Azura gementar dan memohon orang ramai mendoakan kesihatan isteri dan anak dalam kandungan.
“Tarikh terakhir period bini was 26.5.2020. Maka hari ni tepat-tepat dia 5 minggu. Tak tahu dia teruja sangat atau gementar sangat dia pergi scan rahimnya sendiri.
“Terhasillah gambar di atas yakni kantung sedikit kosong dan penyek (yela baru 5 minggu kot). Lepas tu mulalah dia meluahkan kerisauan dia kepada kita.
“Kita si suami apa lagi, risau lah jugak sebab kantung tu bukan dalam badan kita maka kita pun tak tahulah perasaannya.
“Secara jujurnya lepas kena ceramah sakan dengan bini haritu (akibat btau satu dunia keputusan UPT dia) saya jadi agak cuak sebab mana ada orang cerita kat satu dunia keputusan UPT.
“Cuak sebab yelah risau sekiranya harapan menggunung kami tidak menjadi pasti sedih gila. Kalau tak bagitahu seantero dunia mungkin bini dan hati ni lebih tenang.
“Tapi respon yang diterima dan doa yang dilafazkan kalian cukup menggalakkan. Maka dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas setiap doa dan kata-kata positif kalian bagi kandungan kami ni.
“Gementar memang gementar. Sekali tak keluar selagi tu lah. Tapi kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya,” kongsinya.
Terdahulu, Dr.Say dan Dr Azura telah berkahwin sejak 30 Mac 2014 selepas lima tahun berkenalan.
Pasangan ini selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada 5 Mei 2019.
#Dr Say