Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Scarlett Johansson, David Harbour Antara Yang Membintangi Black Widow, Poster Karakter Sudah Dilancarkan!

Asraf Aided
12/05/2021 13:10 MYT
Marvel Studios, kini telah mendedahkan poster watak-watak baharu dalam filem terbaru Black Widow.

Antara bintang yang membintangi filem ini adalah Scarlett Johansson, Florence Pugh, David Harbour, Rachel Weisz serta beberapa pelakon hebat yang lain.

Black Widow dijadualkan menemui penonton di panggung pada 9 Julai 2021.

Watak Natasha Romanoff atau Black Widow dibawa oleh Scarlett Johansson yang sememangnya berbakat besar.

Sedikit tentang penceritaan filem ini, Natasha terpaksa berhadapan dengan kisah lampau sebagai seorang pengintip dan kisah hubungannya yang pernah retak.

Namun itu semua berlaku sebelum Natasha menjadi seorang 'Avenger'.

Apakah yang akan berlaku kepada Natasha? Sama-sama kita nantikan kemunculan filem ini!

Di bawah adalah poster bintang-bintang Black Widow.

#Filem #Scarlett Johansson #Marvel #Black Widow