Hiburan

Scha Alyahya Kurang Setuju Impian Miliki Oscars Dipandang Enteng - “Untuk Lihat Perkara Ini Dari Sudut Negatif Agak Sayang Sebab..”

gempak
Asyraf Roslan
02/10/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
Scha Alyahya Kurang Setuju Impian Miliki Oscars Dipandang Enteng - “Untuk Lihat Perkara Ini Dari Sudut Negatif Agak Sayang Sebab..”
Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya kurang bersetuju dengan kenyataan beberapa individu yang tidak mempercayai kepada bakat baharu yang memasang impian bagi mendapatkan trofi di Anugerah Oscar.
Menurut aktres yang popular dengan filem Histeria ini, agak sayang jika perkara ini dilihat dari sudut yang negatif kerana pada akhirnya ini adalah bakat-bakat baharu yang akan mewarnai industri seni tanah air.
“Untuk lihat perkara ini dari sudut negatif, bagi saya agak sayang sebab ini adalah bakat-bakat yang kita ada.
“Mereka ini bukan nak tunjuk lagak dan sebagainya, kita perlu sokong benda-benda macam ini dan berikan mereka ruang untuk menunjukkan yang kita berani untuk mencapai impian itu.
“Kita ada macam-macam platform penstriman, produksi di Malaysia pun makin lama makin diterima oleh negara luar jadi dari situ kita sudah boleh memulakan langkah bagi membuka ruang kepada bakat yang kita ada untuk menempa nama diluar.
“Kalau kita tengok sekarang ni Siti Saleha dah berjaya menempa nama diluar, jadi disini kita boleh lihat kita sebenarnya layak,” katanya kepada Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Baru Idamkan Trofi Oscar, Ini Reaksi Azhar Sulaiman - “Poyo Betul…”

ARTIKEL BERKAITAN: Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Hanya Idamkan Trofi Oscar, Itu Impian Saya” - Meerqeen

Isteri kepada pengacara, Awal Ashari itu juga berpendapat bahawa setiap orang mempunyai impian mereka yang tersendiri dan kita sebagai peminat dan orang disekeliling harus sentiasa menyokong dan menghargai bakat-bakat ini.
“Bagi pendapat peribadi saya, semuanya bermula dengan diri sendiri.
“Siapa yang nak sokong diri kita kalau kita sendiri tidak memulakan semua itu. Sebagai peminat dan orang-orang disekeliling, kita perlu sentiasa menyokong dan menghargai bakat-bakat yang ada di Malaysia.
“Saya melihat generasi sekarang mereka sangat berani, yakin dan saya tahu mereka berusaha sebaik mungkin untuk mencapai cita-cita mereka,” tambahnya.
Scha ditemui ketika menghadiri majlis KULinary Awards 2024 di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis lepas.
Perkara itu dibincangkan susulan seorang pelakon baharu yang sedang meningkat naik mengakui dirinya mengidamkan trofi Oscar dan menyifatkan pengiktirafan itu sebagai anugerah ‘sebenar’ dalam dunia lakonan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024