Pelakon Scha Elinnea mengakui tindakan netizen yang cuba mengaitkan dirinya sebagai artis yang didakwa terpalit dengan aktiviti pelacuran kelas atasan memberi kesan kepada emosinya.
Menurut Scha atau nama sebenarnya, Natasha Mohamed Mubeen, 21, kontroversi tersebut turut mendapat perhatian daripada ahli keluarganya yang bimbang dengan keadaannya.
"Keluarga mesti akan telefon tanya. Cuma secara peribadi mereka kenal saya macam mana dari kecil. Mereka tahu saya tak akan buat perkara sedemikian (pelacuran).
"Mereka tanya sama ada saya okay ke tak, mental break down ke tak sebab hal-hal begini.
"Cumanya, apa yang boleh kata, emosi saya memang terganggu juga sebab tengah bekerja tiba-tiba kena macam ni. Nak pergi set penggambaran pun saya sendiri yang rasa seganlah," katanya ketika dihubungi Astro Gempak semalam.
Terdahulu, Scha membuat laporan polis ekoran dakwaan pihak tertentu yang cuba mengaitkan dirinya sebagai selebriti yang terkait isu aktiviti pelacuran kelas atasan yang turut berkait rapat dengan isu Macau Scam.
Jelas Scha, dia juga bimbang sekiranya, isu negatif sebegini memberi impak kepada tawaran lakonan daripada pihak produksi.
Begitupun, dengan apa yang berlaku, kata Scha selepas ini, dia akan lebih berhati-hati sebelum berkongsi sebarang gambar di media sosial miliknya.
"Saya rasa sebab memang dikaitkan dengan isu seksi. Seksi itu tak ada kaitan pun dengan benda itu sebab seksi itu pemakaian, personaliti seseorang. Bukannya dia pakai seksi tu dia pergi melacur, bukan macam itu.
"Lepas ini kena lebih berhati-hati posting di Instagram, bab pemakaian. Ini kerana kita tak boleh nak tutup mulut orang, jadi kita sendirilah yang kena kawal benda itu," kata pelakon drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek.
Semalam, syarikat pengurusannya, Absolute Management turut menafikan dakwaan artis naungannya terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.
BACA: "Tak Pernah Ada RM40,000 Dikreditkan Ke Akaun Bank" - Syarikat Pengurusan Nafi Scha Elinnea Terlibat Aktiviti Tak Bermoral
Sebelum ini, sebuah akhbar mingguan melaporkan bahawa terdapat aktiviti pelacuran dalam kalangan artis.
Hal tersebut terbongkar susulan siasatan yang dijalankan SPRM berhubung Macau Scam yang turut mengaitkan beberapa selebriti tanah air.
Kredit foto: Instagram Scha Elinnea
ZULHILMI JALIL
Wed Oct 21 2020
Undian Dibuka, Lee Weng Foong, Aliff Ahmad, Saharuddin Amirullah & Aleeya Zailan Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.
Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."
Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News.
Seluar Jeans Bertompok Macam Kesan Kencing Dijual RM3,871
Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan
Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.
Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"
Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya. Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. "Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening
Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Syafiq Yusof
Alhamdulillah, tahniah Syafiq.
Gaji Penjawat Awam Bakal Naik Lebih 13 Peratus, Tertinggi Dalam Sejarah!
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024. Menurut Anwar, kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini. “Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini, adalah 13 peratus dan tahun ini saya akan umum