HIBURAN

Scha Elinnea Lebih Jaga Privasi Soal Cinta, Hanya ‘Date To Marry’ - “Sekarang Banyak ‘Penyondol’, Saya Risau”

Khairil Khusyairi 15/03/2025 | 22:50 MYT
Pelakon Scha Elinnea mendedahkan bahawa dia kini lebih memilih untuk menjaga privasi selepas kegagalan dalam hubungan sebelum ini.
Fokus Diri Sendiri, Tak Mahu Dedah Hubungan
Menurut Scha, dia mahu memastikan kehidupan peribadinya tidak menjadi tatapan umum, lebih-lebih lagi dalam dunia yang penuh dengan ‘penyondol’.
Pelakon meningkat naik itu turut mengakui dirinya kini lebih selesa memberi fokus kepada kerjaya dan kehidupan sendiri.
“Status saya sekarang, saya sangat sibuk dengak kerja. Saya bercinta dengan diri sendiri saja.
“Saya akan lebih menjaga privasi selepas ini. Apa sahaja yang saya suka, saya akan pastikan ia ‘private’.
“Sebab sekarang kan banyak ‘penyondol’, jadi saya risau. Kalau belum ada hubungan yang sah, buat apa nak berkongsi kan?,” kongsinya kepada Gempak.
Prinsip ‘Biar Lambat, Jangan Salah’
Selain menjaga privasi, Scha turut berpegang pada prinsip ‘date to marry’, di mana dia hanya mahu menjalinkan hubungan dengan seseorang yang serius.
Scha juga tidak terdesak dalam mencari pasangan, sebaliknya lebih rela menunggu orang yang betul daripada terburu-buru membuat keputusan.
“Saya hanya ‘date to marry’. Saya tak mahu buang masa dan mahu tumpu pada kerja saja.
“Kepada lelaki yang datang hanya nak buang masa saya, lebih baik jangan sebab saya ada matlamat.
“Saya tak gelojoh, bila sampai waktunya, ia akan terjadi juga. Saya ada satu pemikiran iaitu ‘biar lambat jangan salah’,” ujarnya positif.
#Bercinta #Privasi #Kongsi #“Scha #Elinnea”